Nikmati Keenakan Kuih Bulan Tradisional Flavours of Genting
Genting Highlands, 21 September 2023 – Kagumi kemegahan Full Harvest Supermoon di tengah-tengah cahaya lampu tanglung dengan kuih bulan Flavors of Genting khas Resorts World Genting pada pertengahan musim luruh ini. Semarakkan semula kegembiraan ikatan kekeluargaan dengan hidangan musim luruh yang tersedia hanya untuk masa terhad, mulai sekarang hingga 29 September 2023.
Dalam banyak-banyak pilihan kuih bulan, apa yang membezakan kuih bulan Flavors of Genting ialah komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap tradisi dan kualiti. Setiap kuih bulan dibuat dengan sangat teliti oleh pasukan pakar patisserie kami yang diketuai oleh Master Dim Sum Chef, Gan Chee Keong, menggunakan hanya bahan mentah terbaik.
Nikmati keunikan kuih bulan ini dari kegemaran tradisional kepada kombinasi baharu yang menarik termasuk Lotus Paste dengan Double atau Single Yolk, Golden Jade dengan Single Yolk, Pu Er Lotus Paste dengan Single Yolk, Green Tea Lotus Paste dan Red Bean Paste. Pilihan lain yang menarik termasuk Durian Lotus Paste dan Durian Lotus Paste dengan Single Yolk. Kuih bulan dengan pengganti gula juga boleh iaitu White Lotus Paste Low in Sugar mooncake.
Kuih bulan Flavours of Genting dijual dengan harga yang berpatutan iaitu antara RM19 hingga RM28 setiap satu. Ia mesra Muslim jadi semua orang boleh menikmati hidangan tanpa sebarang keraguan. Pembeli pukal boleh memilih untuk bungkusan kuih bulan mereka dalam kotak teal atau merah jambu pertengahan musim luruh yang direka khas. Sebagai alternatif, anda mempunyai pilihan untuk memilih daripada empat set berbeza bermula dari RM108. Setiap set mempunyai empat kuih bulan berbeza dan hidangan tambahan, seperti kek teh mentah Pu Er, sekotak 12 keping tart nenas atau biskut durian.
Kiosk jualan Flavours of Genting dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 8 malam. Kunjungi kami di tempat-tempat berikut:
- Di hadapan Coffee Terrace, Genting Grand
- Lantai Lobi, First World Hotel
- Di hadapan Malaysian Food Street, Level 4, SkyAvenue
Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat serta aturan pengumpulan, hubungi Talian Flavours of Genting di +6010-9313186 atau layari https://www.rwgenting.com/content/rw-genting/web/en/things-to-do/dining/flavours-of-genting/fog-mooncake-2023.html.