Siakap Keli
Engku Imran Noor Nabila Cerai
Gambar; Instagram Noor Nabila

Noor Nabila, Engku Emran Dah Cerai Talak Satu

Noor Nabila, Engku Emran Dah Cerai Talak Satu

KUALA LUMPUR — Engku Emran Engku Zainal Abidin dan Noor Nabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada jam 12.50 tengah hari ini.

Memetik Sinar Harian, Noor Nabila yang juga kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa dalam satu hantaran di Instagram meluahkan meluahkan isi hati mengenai perkara tersebut.

“Jika bukan ditakdirkan untuk anda, berapa lama pun anda cuba pertahankannya, ia tetap tidak akan jadi milik anda.

“Sebab kita hanya merancang, tetapi DIA ada perancangan yang lebih baik.

“Semoga DIA membimbing, merawat dan mengisi hati saya dengan ketenangan,” katanya di media sosial berkenaan hari ini.

Gambar: Instagram Noor Nabila

BACA JUGA: Sebulan Bercerai, Farid & Diana Bakal Rujuk Semula

Susulan bekas suaminya menyatakan hasrat untuk tidak lagi meneruskan hubungan bersama, Nabila pada minggu lalu mendedahkan bakal mengakhiri hubungan rumah tangga tersebut.

Pada 19 Mac 2021, kedua-dua mereka telah melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis.

Engku Emran sebelum ini pernah mengahwini bintang terkenal, Erra Fazira pada 25 Oktober 2007. Hasil rumah tangga yang dibina bersama bekas isterinya itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya.

Bagaimanapun, Engku Emran dan Erra Fazira mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing pada 18 Februari 2014.

Pada 8 September 2017, Engku Emran kembali bergelar suami apabila berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella selepas tiga tahun menduda.

Namun, perkahwinan tersebut hanya bertahan selama tiga tahun.

BACA JUGA: Syamsul Yusof Sah Ceraikan Puteri Sarah Talak Satu

Manakala Noor Nabila pula berpisah dengan bekas suaminya yang juga selebriti terkenal, Sharnaaz Ahmad pada 9 Julai 2020. Mereka yang berkahwin pada 31 Mac 2017 sempat dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden.

Difahamkan, Noor Nabila juga pernah berkahwin sebelum mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz.

BACA JUGA: “Dia Keluar Rumah Sejak Awal Januari,” Noor Nabila Umum Bakal Bercerai Dengan Engku Emran

Sumber: Sinar Harian 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: