Siakap Keli
balang hiasan moccona

Moccona Melancarkan Balang Hiasan Edisi Terhad Yang Diinspirasikan Oleh Hidupan Akuatik Terancam Di Asia

KUALA LUMPUR, 25 SEPTEMBER 2023 – MOCCONA dengan sukacitanya memperkenalkan balang hiasan edisi terhad baharu yang dihiasi dengan reka bentuk bertemakan akuatik. Ia bertujuan untuk membangkitkan kesedaran mengenai hidupan serta spesies yang terancam di lautan. 

Diinspirasikan oleh dunia bawah air yang mempesonakan, balang hiasan edisi terhad MOCCONA menampilkan ilustrasi indah hidupan terancam, seperti ikan lumba-lumba sungai, penyu laut, dan anjing laut bertompok. Menerusi tiga reka bentuk ini, MOCCONA menyasar untuk meningkatkan kesedaran mengenai habitat serta spesies terancam ini, serta pentingnya untuk memelihara khazanah yang tidak ternilai ini.

Balang hiasan edisi terhad MOCCONA boleh didapati di kedai-kedai yang berdekatan dengan anda mulai 11 September 2023.

MOCCONA memilih untuk menampilkan spesies akuatik yang terancam bagi meningkatkan lagi kesedaran dan sebagai peringatan penting untuk melindungi spesies ini serta habitatnya yang sensitif. Habitat ini  semakin musnah akibat aktiviti manusia seperti penangkapan ikan secara berlebihan dan pencemaran plastik. 

balang hiasan moccona

MOCCONA turut menggalakkan penggemar kopi agar membuat perubahan dengan mengguna semula balang kaca 100% kitar semula ini sebagai perhiasan, cawan kopi, atau bekas menyimpan makanan dan aksesori fesyen, sebagai salah satu cara untuk menyokong kelestarian planet kita. 

Phoon Shi Fun, Ketua Pemasaran JDE Malaysia, pemilik jenama MOCCONA, menyatakan wawasan beliau untuk inisiatif ini: 

“Kelestarian alam sekitar adalah sangat penting untuk ekosistem daratan serta lautan kita, kerana ia sangat berkaitan dan penting untuk kesejahteraan kita. Di MOCCONA, kami percaya bahawa tindakan kecil pun boleh membawa kepada perubahan yang besar. Menerusi balang hiasan ini, kami berhasrat untuk menarik perhatian terhadap isu alam sekitar yang semakin mendesak ini, dan menawarkan langkah-langkah kecil namun mampu memberikan impak besar yang boleh diambil oleh para pengguna ke arah mencipta sebuah dunia yang lebih baik untuk semua. Sambil mencipta detik-detik penuh nikmat dengan kopi anda, kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai penggemar kopi agar mengamalkan gaya hidup lestari, bermula dengan mengguna semula balang kaca kami yang 100% boleh kitar semula ini,” ujar Shi Fun. 

Balang hiasan edisi terhad ini boleh didapati dalam tiga intensiti kopi MOCCONA (Nombor 5, 8, dan 10) dan dua reka bentuk, boleh dibeli pada harga RM37.96 mulai hari ini. Balang hiasan edisi terhad ini hanya dijual pada 2023.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai inisiatif kelestarian MOCCONA dan projek-projeknya yang lain, sila layari https://www.moccona.my/our-inspiration/

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.