Siakap Keli

Tayang Siaran Tidak Sah Di Premis, Restoran Diarah Bayar Pampasan RM34,000

Pak Haji Ahmad, pemilik sebuah restoran kecil di Kelantan, menepuk dada dengan bangga setiap kali pelanggannya memuji suasana ceria di restorannya. Malangnya, langkahnya menayangkan kandungan tidak sah kepada pelanggan di premis restorannya telah mengubah hidupnya dan keluarganya selama-lamanya. Kedai yang dulunya penuh dengan gelak tawa dan bau kopi kini hanya tinggal kenangan.

“Saya fikir saya nak jimat, tetapi hakikatnya saya telah kehilangan lebih banyak daripada yang saya jimat,” keluh Pak Haji.

Bukan Pak Haji sahaja yang terjejas. Pemilik sebuah restoran di Petaling Jaya, Selangor didapati menyiarkan kandungan tanpa kebenaran kepada orang awam di premisnya dan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM34,000 kepada pemilik kandungan yang sah.

Di Johor Bahru, sebuah restoran terpaksa membayar pampasan bernilai RM9,000 dan menghentikan operasi kerana kesalahan serupa. Kesedaran tentang Akta Cipta 1987 masih rendah, namun akibatnya memusnahkan jika didapati bersalah.

Pihak PDRM giat mengesan dan membanteras penyiaran kandungan tidak sah di premis komersial.

Penstriman haram bukan sahaja menjejaskan perniagaan kita tetapi juga menodai keaslian budaya kita. Sebilangan besar pemilik hak cipta karya lokal tidak mendapat apa yang patut dimiliki mereka kerana cetak rompak merampas peluang karya ini untuk bersinar di persada dunia.

Zul, seorang pengarah filem tempatan berkongsi: “Setiap kali ada orang menonton kandungan saya secara haram, saya rasa seperti sebahagian daripada saya dicuri.”

Kita, rakyat Malaysia yang berbangga dengan budaya kita, harus memahami bahawa setiap tindakan kita mempengaruhi kehidupan orang lain. Cetak rompak dan penstriman haram bukan sahaja tentang menonton kandungan secara percuma, tetapi tentang peluang, impian dan hasrat dari mereka, pemain-pemain industri yang berusaha keras mencipta kandungan tersebut.

Dengan kemajuan teknologi, banyak pilihan untuk menonton kandungan dengan cara yang sah dan berkualiti tinggi. Tambahan pula, ada juga risiko dengan menonton kandungan haram. Laman web yang menawarkan kandungan cetak rompak mungkin juga menyembunyikan perisian hasad yang merisikokan maklumat peribadi individu yang terlibat.

Jadi, marilah kita memilih jalan yang betul dan beretika. Mari kita hargai karya asal, menghormati usaha para pemain industri.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.