Siakap Keli
perbezaan Pinjaman Pendidikan
Kredit BERNAMA, Ilustration

Bergantung Pada CGPA, Ini Perbezaan Pinjaman Pendidikan Antara JPA, Mara dan PTPTN

Bergantung Pada CGPA, Ini Perbezaan Pinjaman Pendidikan Antara JPA, Mara dan PTPTN

Setiap orang di atas muka bumi ini mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi selagi berkemampuan.

Impian murni itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah, sebaliknya ia memerlukan komitmen, tanggungjawab dan kewangan yang stabil untuk melanjutkan pelajaran.

Setiap peringkat pengajian memerlukan dana atau wang yang banyak bagi membayar yuran, buku-buku atau rujukan dan sebagainya.

Justeru, pelbagai perkhidmatan pinjaman pendidikan telah ditawarkan oleh pihak kerajaan mahupun agensi bukan kerajaan.

Tiga pinjaman pendidikan yang popular dan sering menjadi pilihan pelajar yang mahu menyambung pelajaran adalah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Setiap pinjaman pendidikan ini memiliki terma dan syarat mereka sendiri. Oleh itu, perkongsian pada hari ini akan berkongsikan perbezaan ketiga-tiga jenis pinjaman pendidikan tersebut.

JPA

Kredit BERNAMA

Pinjaman JPA terdapat beberapa jenis dan tahun mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.

Skim pinjaman pelajaran JPA bagi tahun 2014 terbahagi kepada dua jenis atau kategori, iaitu Pinjaman Biasa dan Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

Bagi Skim Pinjaman Biasa (PB), peminjam perlu membayar balik secara keseluruhan jumlah pinjaman yang telah diterima sepanjang pengajian.

Bayaran pinjaman itu perlu dibuat sebaik sahaja peminjam tamat pengajian mereka.

Manakala bagi Skim Pinjaman Boleh Ubah (PBU) pula, peminjam layak mendapat diskaun sebanyak 75% daripada jumlah keseluruhan pinjaman.

Diskaun itu akan diberikan kepada peminjam yang berjaya memenuhi kriteria yang tetah ditetapkan oleh JPA.

Kriteria yang pertama adalah memperolehi sekurang-kurangnya Kepujian Kelas Kedua Bawah atau CGPA 2.75 ke atas.

Peminjam juga layak mendapat diskaun sekiranya berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang perlanjutan.

Yang terakhir adalah peminjam mesti mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama.

Bagi peminjam yang mempunyai kriteria tersebut, mereka boleh memohon untuk mendapatkan kemudahan diskaun tersebut.

Bayaran balik Pinjaman JPA bagi penajaan tahun 2016 dan ke atas

Bagi pinjaman JPA yang terbaru ini, kerajaan telah memperkenalkan model baharu penajaan yang dilaksanakan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU 2016).

Perjanjian pinjaman akan dikuatkuasakan mengikut empat keadaan seperti berikut:

Kredit JPA

Biasiswa JPA sangat didambakan oleh ramai pelajar yang berpeluang melanjutkan pelajaran.

MARA

Kredit BERNAMA

Pinjaman pendidikan MARA adalah dikhususkan kepada pelajar Bumiputera sahaja. Pinjaman ini diberikan kepada pelajar lepasan SPM, Sijil dan Diploma untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Untuk pinjaman pendidikan ini, ia sangat tegas dan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja boleh mendapatkannya.

Pinjaman ini juga sama seperti JPA, di mana bayaran balik pinjaman boleh dikurangkan mengikut nilai keputusan CGPA peminjam.

Semakin bagus keputusan peminjam, maka semakin sedikit jumlah bayaran balik yang dikenakan kepada peminjam.

PTPTN

Kredit BERNAMA

Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.

Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.

Pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja.

Bagi mereka yang berminat melanjutkan pelajaran, PTPTN adalah merupakan pinjaman pendidikan yang paling mudah untuk diperolehi.

Di mana pemohon hanya perlu menunjukkan surat tawaran kemasukan IPT semasa memohon pinjaman tersebut.

Seperti Mara, PTPTN juga akan memberikan diskaun bagi peminjam yang memiliki keputusan yang baik.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Kesimpulannya, kesemua pinjaman ini adalah bersifat pinjaman, tetapi ia bergantung kepada keputusan CGPA anda di akhir peringkat pengajian.

Jika keputusan anda baik, maka pinjaman tersebut akan diberikan diskaun, kecuali bagi pinjaman JPA yang akan bertukar menjadi biasiswa.

Biasiswa JPA tidak memerlukan peminjam untuk membayar semula kadar pinjaman tersebut.

Sumber: JPA, Mara, PTPTN

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.