Siakap Keli
kebakaran majlis perkahwinan
Kredit: AFP

Iraq: Sekurang-kurangnya 100 Maut Dalam Kebakaran Di Majlis Perkahwinan

Iraq: Sekurang-kurangnya 100 Maut Dalam Kebakaran Di Majlis Perkahwinan

ERBIL (Iraq), 27 Sept (Bernama-Anadolu) — Sekurang-kurangnya 100 orang maut, manakala lebih 500 lagi cedera dalam insiden kebakaran di majlis perkahwinan di wilayah Nineveh di utara Iraq , lapor Agensi Anadolu pada Rabu.

Insiden berlaku di Dewan Perkahwinan Al Haytham di daerah Al-Hamdaniya yang dihadiri 800 tetamu, lapor media tempatan, memetik timbalan pengarah Jabatan Kesihatan Mosul, Ahmed Hamdani.

Agensi Berita Iraq (INA) melaporkan bahawa kebakaran berpunca daripada bunga api, lilin dan bahan lain yang digunakan semasa majlis berkenaan.

Pasukan bomba dan ambulans dari wilayah berhampiran telah dihantar ke lokasi kejadian.

Menteri Dalam Negeri Abdul Amir Al-Shammari turut menuju ke wilayah itu.

Kebakaran berlaku ketika pasangan pengantin sedang menari dan rakaman kejadian yang tular di media sosial, turut memaparkan orang ramai bertempiaran lari cuba menyelamatkan diri.

Sebelum ini, media melaporkan Gunung Bromo, Indonesia mengalami kebakaran besar seluas 50 hektar selepas sepasang kekasih menyalakan suar semasa penggambaran pra-perkahwinan, lapor Detik.com.

Kejadian malang tersebut berlaku di kawasan Bukit Teletubbies selepas suar dinyalakan bagi mengeluarkan asap sebagai kesan (effect) latar belakang penggambaran romantik mereka seperti yang diarahkan oleh penganjur perkahwinan.

Ketua Polis Probolinggo Wisnu Wardana berkata, bagaimanapun idea yang dirasakan kreatif itu malangnya menjadi malapetaka apabila salah satu daripada lima suar yang digunakan mereka gagal dinyalakan.

Sumber: BERNAMA

BACA: “Thank You Sebab…” Tengku Zafrul Kongsi Coretan Hati Ulang Tahun Perkahwinan Kepada Isteri

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.