Siakap Keli
Khairul aming kereta mahal
Gambar: Tangkap Layar X

Katakan Bisnes Sambal Nyet ‘Hancur’, Kilang Tu Buat Apa? Ini Jawab Khairul Aming 

Katakan Bisnes Sambal Nyet ‘Hancur’, Kilang Tu Buat Apa? Ini Jawab Khairul Aming 

Mesti pelik sekiranya seseorang yang boleh dianggap berjaya dalam hidupnya tidak membeli pelbagai aset mewah.

Begitulah soalan yang sering diajukan kepada pempengaruh media sosial, Khairul Aming (KA) sewaktu ditanya oleh warganet kenapa tidak membeli kereta mahal?

Jawab pengasas Sambal Nyet itu, dia memberitahu bahawa dirinya tidak mempunyai mana-mana hutang pinjaman (loan) untuk apa-apa aset kecuali sebuah kereta Perodua Bezza miliknya.

“Takde loan, saya memang takde loan. The only yang saya ada adalah kereta Bezza itu sahaja.

The rest semua aset yang dah dibeli, yang dah dihabis bayar termasuk yang dekat kilang. Kalau pergi dekat kilang kita, semua mesin juta-juta tu, itu semua dah dihabis bayar. Itulah semua aset saya,” jawabnya.

Tambah KA, dia mendedahkan tidak mempunyai rumah, mahupun kereta mewah kecuali kilang.

BACA JUGA: Khairul Aming Sambut Birthday Ke-31, Wajah Di Kek Bikin Terhibur

“Kalau orang tanya, KA kenapa tak beli rumah, rumah itu aset, saya macam, depend la the way you view benda tu. Sebab kilang saya tu generate income, so i consider it as an asset.

And then benda tu bukan under hutang (dah habis bayar),” katanya lagi.

Jika Bisnes Hancur Apa Nak Buat?

Katanya lagi, sekiranya perniagaan Sambal Nyet bankrap atau dia dijemput Ilahi, aset kilang tersebut boleh digunakan ataupun dijual oleh ahli keluarganya.

“Katakanlah bisnes Sambal Nyet ni hancur, tak orang nak beli dan katakanlah Khairul Aming meninggal sekalipun, aset tu family saya boleh jual.

“Dia boleh jual barang kilang tu, dia boleh jual mesin dalam kilang sebab semua tu dah habis bayar dan duit tu boleh dapat kat family saya balik,” jelasnya.

Lebih Suka Melabur

Sementara itu, dia memberitahu lebih suka untuk melabur dalam perniagaan berbanding membeli aset mewah.

“Bab bisnes saya tak berkira, macam contoh Min, staff kita nak pakai ni, nak beli ni, ok beli. Nak mesin beli, nak ni beli tapi kalau aku nak beli barang sendiri, kalau aku pergi kedai eh ni mahal ni keluar balik lah,” ujarnya lagi.

Sumber: Twitter X

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.