Siakap Keli
pak ali meninggal dunia
Kredit: Asfa Danny/Facebook

Pak Ali The Legend Meninggal Dunia

Pak Ali The Legend Meninggal Dunia

Popular dengan gelaran Pak Ali The Legend, penyanyi jalanan, Mohamad Ali Husin dilaporkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada Selasa.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh anak perempuannya, Erynn Ali di Facebook semalam.

“Allahuakhbar, dukacitanya baba saya Mohamad Ali Husin telah pergi meninggalkan kami semua petang tadi (Selasa).

“Terima kasih pada semua yang sudi mendoakan baba saya dari hari pertama baba di wad kecemasan,” katanya.

Semalan, Erynn juga memberitahu bahawa doktor telah memaklumkan jantung bapanya berada dalam keadaan yang lemah.

Keadaan jantung itu membuatkan kesihatan Pak Ali The Legend merosot dan tidak berada di tahap yang baik.

Sabtu lalu, Erynn memaklumkan bapanya terlibat dalam satu kemalangan hingga terpaksa dimasukkan ke dalam wad kecemasan Hospital Besar Melaka.

Saya dengan rendah hati memohon rakan-rakan dan kenalan baba yang mengenali mahupun tidak, tolong doakan baba saya yang terlibat dalam kemalangan, baba terpaksa ditidurkan di zon merah,” katanya pada Sabtu.

Beberapa hari lalu, Erynn selalu mengemas kini keadaan bapanya dengan harapan ada sinar di hujung terowong.

BACA: Mungkin Masih Ramai Tak Tahu, Ini Proses Tukar Nama Pemilik Kenderaan Yang Telah Meninggal Dunia

Rakan-rakan ucap takziah

Manakala, Roslan Eusoff dalam satu hantaran di Facebook turut menzahirkan rasa kehilangan terhadap Pak Ali Legend.

“Pak Ali Legend penyanyi jalanan yang sering kumandangkan lagu “Kehilangan” dendangan Firman, baru meninggal pada hari ini (Selasa) akibat kemalangan di jalan raya,” katanya.

Sementara itu, Asfa Danny menceritakan arwah selalu kagum dan bangga dengan pencapaiannya.

“Setiap kali arwah datang ke Arang Cafe dia akan sentiasa mengagumi pencapaian aku dalam bidang muzik dan perniagaan yang aku sedang buat. Semoga arwah tenang disana,” katanya.

Dia juga mengambil peluang mengucapkan takziah kepada keluarga Pak Ali The Legend.

“Innalillahiwainnalillahirrajion. Salam takziah buat waris arwah atas pemergian Pak Ali The Legend,” memetik kapsyen yang ditulis.

https://www.facebook.com/momo.chan.14289/posts/pfbid02bcBRvvFtSKkebCjPoKgYf4E98K5SXJv6m7WyXm2Auehfce7FkfTXYqDB5xKv4kFfl

Sumber: Erynn Ali/Facebook

BACA: Cara Nak Set “Legacy Contact” Untuk Iphone, Waris Boleh Akses Akaun Jika Pemilik Meninggal Dunia

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.