Siakap Keli
caj qr duitnow
Kredit: PayNet

Isu Caj QR DuitNow: PayNet Jelaskan Dua Kekeliruan

Isu Caj QR DuitNow: PayNet Jelaskan Dua Kekeliruan 

Isu caj pembayaran transaksi melalui kod QR DuitNow yang dikenakan ke atas peniaga seperti yang dilapor media baru-baru ini disalah fahami oleh kebanyakan pihak.

PayNet dalam satu kenyataan sebaliknya menjelaskan, terdapat dua kekeliruan yang berlaku ekoran ia dilaporkan secara tidak tepat dan penjelasan perlu diberikan.

Pertama, mengenai pembayaran yang dibuat pelanggan kepada peniaga, caj yang dikenakan adalah kadar diskaun peniaga (merchant discount rate – MDR) yang dicaj berdasarkan peratusan nilai transaksi pembayaran.

“Peniaga akan menerima pembayaran yang dibuat oleh pelanggan selepas MDR ditolak.

“Pada masa ini pembayaran melalui kad debit dan kredit dikenakan MDR sedangkan terdapat penepian MDR pada pembayaran QR.

“Mulai 1 November 2023, penepian MDR untuk pembayaran melalui QR DuitNow akan ditarik balik,” maklum kenyataan itu.

Dalam pada itu, bagi isu kedua iaitu caj RM0.50 yang dikenakan, maklum PayNet ia hanyalah melibatkan transaksi sesama QR peribadi.

“Caj RM0.50 yang dikenakan bagi setiap transaksi RM5,000 ke atas pula adalah untuk pemindahan ‘peer-to-peer’ daripada QR peribadi kepada QR peribadi yang lain dan bukan kepada peniaga.

“Ini sama sekali tidak berkaitan dengan pembayaran QR kepada peniaga seperti yang disebut dalam perkara pertama dan dalam keadaan apa pun, kedua-dua caj tidak akan dikenakan untuk transaksi yang sama,” maklumnya lagi.

PayNet menjelaskan lagi, MDR yang dikumpul akan dikongsikan antara pihaknya bersama bank-bank berkaitan atau pemperoleh pihak ketiga.

Sumber: kenyataan media PayNet

Sumber: Paynet Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.