Siakap Keli
sambutan maulidur rasul
Gambar: Bernama

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Dan Negeri Meriah

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Dan Negeri Meriah

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — Selepas tiga tahun, perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan kembali sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, dengan perarakan kali ini berlangsung di Putrajaya, seawal pukul 7.30 pagi.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menghadiri sambutan yang bertema “Perpaduan Teras Malaysia MADANI” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Seramai 3,700 peserta daripada 131 kontinjen kementerian, badan-badan berkanun dan syarikat swasta berarak sejauh 1.1 kilometer (km) dari Jambatan Seri Gemilang ke PICC, dengan perarakan diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mohktar.

Kebanyakan peserta dari pelbagai kementerian kelihatan mengenakan baju Melayu sedondon dan membawa sepanduk tema sambutan tahun ini, serta berselawat ke atas Rasulullah SAW, dan ada juga yang diiringi dengan paluan kompang.

BACA JUGA: “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata tema tahun ini signifikan kepada umat Islam serta masyarakat bukan Islam di negara ini memandangkan perpaduan adalah tunjang kepada masyarakat MADANI yang maju, bukan hanya dari segi kebendaan tetapi juga fikrah dan kerohanian.

Perarakan sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat kebangsaan kali terakhir diadakan pada 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini.

Sementara itu, sambutan di peringkat negeri turut meriah dengan ribuan menyertai perarakan sejak awal pagi disertai segenap lapisan masyarakat.

Di JOHOR, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengetuai perarakan sambutan peringkat negeri di Muar, diiringi Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Mohd Fared Mohd Khalid.

Hampir 10,000 umat Islam, termasuk 60 kontinjen jabatan dan agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat setempat menyertai perarakan itu yang bermula kira-kira 8 pagi, dari Pejabat Daerah Muar dan berakhir di Masjid Sultan Ibrahim.

Sementara itu, lebih 6,000 umat Islam di MELAKA serta 10 beca yang menjadi ikon pelancongan negeri itu menyertai perhimpunan dan perarakan sejauh kira-kira 4km yang bermula dari Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit ke Dataran Pusat Islam Melaka, Bukit Palah.

Seawal 7 pagi, pelbagai lapisan masyarakat, termasuk kanak-kanak dan warga emas daripada agensi kerajaan negeri dan Persekutuan serta NGO berarak membawa sepanduk dalam beberapa kontinjen sambil berselawat.

BACA JUGA: Katakan Bisnes Sambal Nyet ‘Hancur’, Kilang Tu Buat Apa? Ini Jawab Khairul Aming 

Di NEGERI SEMBILAN, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta putera baginda, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz berangkat menyertai perarakan di Padang Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

Perarakan turut disertai kepimpinan kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun serta 76 kontinjen melibatkan kira-kira 4,500 peserta daripada agensi kerajaan dan swasta, Institut Pengajian Tinggi serta sekolah dan orang kurang upaya (OKU).

Sambutan di TERENGGANU pula dimulakan dengan perarakan sejauh 3.4 km, bermula dari Padang Sintetik Tok Jiring ke Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta 2,208 peserta daripada 69 kontinjen.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, diiringi Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dan Yang di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Mizan Zainal Abidin.

Di PERAK, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berangkat ke majlis sambutan peringkat negeri pada 10 pagi disambut Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, barisan exco kerajaan negeri dan orang kenamaan.

Sambutan yang dihadiri kira-kira 2,000 orang di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, Ipoh itu dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebesaran Negeri Perak dan Zikir Asma’ Al-Husna diikuti bacaan Al-Quran dan selawat beramai-ramai.

BACA JUGA: Oyen Tunjuk Siapa ‘Taiko’ Taman, Kejar Anjing Sampai Bertempiaran Lari

Sultan Nazrin kemudian berkenan menyampaikan beberapa anugerah, antaranya Anugerah Keluarga Ammar Yasir (Tokoh Keluarga Mithali), Anugerah Ibnu Abbas (Tokoh Pendakwah), Anugerah Zaid Thabit (Tokoh Pengamal Media) Anugerah Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan dan Anugerah Pegawai Masjid (Tokoh Bilal).

Sambutan di KEDAH pula bermula sebaik keberangkatan tiba Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin pada 10.30 pagi diiringi Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Majlis yang disertai lebih 300 hadirin itu dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Allah Selamat Sultan’, bacaan ayat Al-Quran, dan ucapan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Seri Norizan Khazali selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk majlis, sebelum diteruskan dengan titah ucapan Sultan Kedah.

Di PAHANG, Tengku Panglima Raja Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Shah berangkat ke majlis sambutan peringkat negeri yang berlangsung di Stadium Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) di Kuantan.

Antara pengisian sambutan ialah perarakan yang bermula seawal 7.45 pagi yang disertai 25 kontinjen yang antara lain melibatkan agensi kerajaan, badan beruniform, swasta, maahad tahfiz dan pelajar sekolah, selain ceramah agama serta persembahan nasyid.

BACA JUGA: Kenapa Tak boleh Isi Penuh Tangki Air Kereta? Ini Sebabnya

Di SELANGOR, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat ke sambutan peringkat negeri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam diiringi Setiausana Kerajaan Negeri Selangor Datuk Haris Kasim, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Dr Fahmi Ngah.

Tengku Amir Shah turut berkenan menyempurnakan pelancaran Sistem Myradha’ah yang merupakan perkhidmatan pendaftaran serta pengenalan anak dan ibu susuan secara dalam talian yang bertujuan bagi menjaga nasab (keturunan).

Di PULAU PINANG, Ketua Pegawai Eksekutif Iltizam Pintar Sdn Bhd Dr Muhammad Fauzy Muhammad Hyffny, 63, yang mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam mewujudkan rangkaian pengedaran gelatin halal di Malaysia dan luar negara, dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul 1445/2023 peringkat negeri.

Terdahulu lebih 50 pasukan terdiri daripada kontinjen agensi kerajaan negeri dan persekutuan, badan beruniform, agensi swasta serta pelajar sekolah berarak sejauh 1 km dari Sekolah Kebangsaan Mutiara Perdana ke Dewan Mutiara di Hotel Raia, Bayan Lepas.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.