Seram, Ular “King Cobra” Ditemui Beranak Pinak Dalam Almari Pakaian
Ular merupakan antara haiwan yang ditakuti oleh ramai orang berikutan teknik serangannya yang mampu membunuh dengan cepat.
Ular berbisa seperti King Cobra, ular kapak dan yang seangkatan dengannya memiliki bisa yang boleh mematikan.
Justeru, tidak hairanlah mengapa ular-ular ini sering ditakuti dan menjadi musuh kepada manusia mahupun haiwan.
Apabila bercakap mengenai ular king cobra, ramai yang gerun untuk berhadapan dengannya kerana ia mampu menyemburkan bisa dari mulutnya.
Namun tidak semua orang takut untuk berhadapan dengan haiwan berbisa tersebut.
Seperti yang dipaparkan menerusi hantaran muat naik di Instagram ini yang memaparkan aksi berani seorang pemuda yang menangkap ular tersebut.
Perkongsian itu telah dibuat oleh seorang pemuda dari Indonesia di akaun Instagram miliknya yang bernama Amar pd.
Berdasarkan perkongsian video tersebut, Amar dipercayai telah dipanggil oleh penduduk untuk menangkap ular yang berada di dalam sebuah almari pakaian.
Menurut penduduk itu, mereka telah terdengar bunyi daripada dalam almari tersebut.
Amar kemudiannya dengan berani telah membuka pintu almari itu dan mengalihkan beberapa helai pakaian di dalam almari tersebut.

Amar dilihat sangat tenang dan akhirnya telah bertemu dengan ular tersebut yang menyorok di sebalik timbunan kain.

Apa yang lebih mengejutkan adalah bukan seekor ular, tetapi tiga ekor ular king cobra telah ditemui dalam almari tersebut.
Ular itu dilihat bersaiz kecil dan berkemungkinan adalah ular remaja yang berlindung daripada bahaya.

Perkongsian video itu telah mengundang reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut.
BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Tangkap Cobra macam tangkap anak kucing. Gemuruh darah aku tengok dia,” tulis seorang netizen yang seram melihat ular itu.
“Memang boleh bang tangkap ular setenang itu?” soal seorang netizen yang mempersoalkan keberanian lelaki itu.
“Aku tengoknya sampai tahan nafas. Bagaimana abang boleh tenang saja,” tulis seorang netizen lagi yang terkejut dengan keberanian Amar.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram/Amar_pd