Wanita Dirakam Tiba-Tiba Pengsan Ketika Persembahan Tarian Ulek Mayang
Tarian tradisional Melayu sangat dikenali dengan nilai estetika yang klasik dan mempunyai unsur penuh lemah lembut dan sopan santun.
Antara contoh tarian klasik Melayu yang penuh nilai estetik adalah seperti Zapin, Mak Yong, Ulek Mayang dan macam-macam lagi.
Tarian klasik ini terkadang sering kali dikaitkan dengan kisah mistik dan misteri sejak turun temurun lagi.
Tarian yang paling kerap dikaitkan dengan kejadian mistik ini sudah semestinya Ulek Mayang.
Sehingga kini, tarian itu masih menjadi misteri dan sering menghantui mereka yang lemah semangat.
Seperti yang terjadi kepada seorang wanita ini yang dikatakan telah pengsan setelah mendengar lagu ulek mayang tersebut.
Perkongsian video itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @nurulanuar805.
Berdasarkan video tersebut, ia dimulai dengan dua orang penari yang masuk ke dewan lalu menari di hadapan pentas sambil diiringi lagu ulek mayang.
Penonton yang teruja dengan persembahan itu dilihat merakam detik tersebut menggunakan telefon pintar masing-masing.
Orang ramai dapat dilihat mengambil kesempatan merakam tarian daripada dua orang penari tadi dengan teruja dan secara tiba-tiba salah seorang penonton telah pengsan.
“Tengah syok record ni, tiba-tiba orang depan aku pengsan,” tulis dalam video perkongsian tersebut.
Detik wanita yang berada di bahagian hadapan kamera pengsan turut berjaya dirakam.
Video itu kemudiannya berakhir sampai disitu sahaja ekoran kelam-kabut mahu menyelamat wanita yang pengsan tersebut.
Orang ramai yang meninggalkan komen mereka mendakwa terdapat entiti lain di dalam video itu
Menjengah ke ruangan komen, video tersebut telah dihujani dengan reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut.
BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Dah tau lagu ni ada unsur-unsur mistik lagi dimain. Apa punya penganjur lah,” tulis seorang netizen.
“Keturunan kami tak boleh dengar muzik ulek mayang kalau yang original. Tok saya boleh pengsan, lepastu nanti tak sedar menari juga,” tulis seorang netizen yang berkongsi pengalaman.
“Weh aku nampak dekat telefon yang pengsan tu ada perempuan pakai baju putih menari sekali,” tulis seorang netizen yang mendakwa terlihat entiti lain dalam video tersebut.
Wanita yang pengsan di dalam video tersebut turut meninggalkan komennya yang menceritakan pengalamannya.
Menurutnya, sewaktu mendengar lagu tersebut bulu romanya tiba-tiba naik dan akhirnya dia jatuh pengsan.
“Akak yang pengsan hadir. Memang bukan prank, tapi bila dengar lagu ni hari itu auto naik bulu roma dan tiba-tiba pengsan,” tulis wanita tersebut.
@nurulanuar805 Syeram pulak dengar lagu ni 🫣 memang macam ni ke ehh bila dengar lagu ni ? #masukberanda
Sumber: TikTok/@nurulanuar805