Siakap Keli
terperangkap dalam lif
Kredit NDTV

Lelaki Terperangkap Dalam Lif “Office” Tak Puas Hati, HR Nak Potong Gaji Sebab Masuk Lambat

Lelaki Terperangkap Dalam Lif “Office” Tak Puas Hati, HR Nak Potong Gaji Sebab Masuk Lambat

Seorang lelaki di India mendakwa bahawa gajinya telah dipotong gara-gara terperangkap selama tiga jam dalam sebuah lif di syarikat tempat dia bekerja, lapor NDTV.

Dakwaan dan perkongsian lelaki itu di media sosial telah mengundang rasa tidak senang dalam kalangan pembaca yang kemudiannya bertindak mengecam syarikat tersebut.

“Semalam saya berada di dalam lif, ia berhenti berfungsi secara tiba-tiba dan elektrik juga telah terputus. Saya tidak menghubungi jabatan penyelenggaraan atau pejabat saya.

“Saya cuba menghubungi mereka melalui telefon dan selepas beberapa percubaan saya dapat memaklumkan HR tentang keadaan saya. Mereka menghantar seorang pekerja penyelengaraan dan selepas tiga jam saya keluar dari lif,” dedah lelaki itu.

Walaupun lelaki itu masuk kerja seperti biasa, HR mengatakan bahawa dia telah lewat dan ditanda sebagai tidak hadir.

Justeru, gaji lelaki itu juga akan dipotong oleh syarikat, beritahu HR itu lagi kepada lelaki tersebut.

“Saya memberitahu bahawa jika mereka menandakan tidak hadir, saya akan mengambil cuti dan pulang ke rumah. Tetapi penolong pengurus memberitahu saya bahawa saya tetap perlu bekerja kerana kekurangan kakitangan,” katanya lagi.

Tambahnya, dia juga meminta HR untuk membetulkan semula rekod kehadirannya jika mahu dia masuk bekerja.

“Mereka mula mengugut saya tentang penilaian dan etika kerja saya, mereka alasan dan tidak berusaha serta kurang motivasi,” tambahnya.

Oleh itu, lelaki tersebut kemudiannya berhasrat untuk membawa perkara itu ke muka pengadilan.

Menurut lelaki itu, dia telah merakam kemalangan lif itu dan mendokumentasikan perbualannya dengan HR dan penolong pengurus tersebut.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Sejak dikongsikan, ia telah menerima pelbagai reaksi komen daripada orang ramai.

“Tidak mungkin saya akan bekerja jika saya dikatakan tidak hadir. Malah, syarikat anda sepatutnya memberi pampasan kepada anda untuk kesulitan seperti itu,” tulis seorang pembaca.

“Tempat kerja yang toksik. Cari kerja baru kalau boleh. Ingat, dunia korporat bukan kawan anda,” tulis seorang pembaca lagi.

“Bagaimana anda bekerja dalam persekitaran kerja yang toksik seperti itu? Jika mereka mahu anda bekerja, mereka sepatutnya menandakannya sebagai hari bekerja. Tetapi mereka tidak mahu membayar anda,” tulis seorang lagi yang tidak berpuas hati.

Sumber: NDTV

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.