Kucing Malang Ditemui Sedang Lemah, Badan Dipenuhi Cat Putih
Haiwan juga adalah sejenis hidupan yang mempunyai perasaan mahu dimanja dan dikasihi.
Tidak kira haiwan ternakan mahupun jalanan, kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran sepatutnya lebih bijak dalam melakukan sebarang perbuatan yang merosakkan.
Tular baru-baru ini menunjukkan perkongsian seorang pengguna Twitter yang berkongsikan seekor kucing telah disimbah cat putih penuh satu badannya.
Pengguna yang menggunakan nama @izzat_bashir itu telah berkongsikan beberapa keping gambar kucing tersebut beserta sebuah video.
Berdasarkan gambar-gambar tersebut, badan kucing berkenaan jelas kelihatan dipenuhi cat dari kepala sehingga ke ekornya.
Selain itu, kucing tersebut juga kelihatan sangat lemah dan tidak bermaya kerana mungkin sudah kepenatan diperlakukan seperti itu.
“Sapa-sapa pun, kalau tak suka binatang, jangan la zalim. Buang la dia dekat tempat lain ke apa ke. But jangan la buat aniaya macam ni. Kesian.
“Haih aku tak sampai hati la. Anyway aku dah inform pihak berkenaan untuk uruskan. Haih,” tulis lelaki itu di laman Twitternya sambil mengeluh.
Kucing telah dibersihkan dan berada dalam keadaan selamat
Dalam perkembangan terbaru lelaki tersebut, kucing itu akhirnya telah dibersihkan dan dimandikan.
Bagaimanapun, kucing itu masih berada dalam keadaan lemah dan hanya terbaring kepenatan.
Menurut lelaki tersebut, kucing tersebut seakan dianiaya oleh seseorang. Ini kerana semasa ia dijumpai, kucing tersebut didapti dibalut dengan plastik dan dibuang di dalam longkang.
Aku rasa dia nak literally unalive kucing tu. Mcm dia letak meow tu dalam plastic and buang longkang pic.twitter.com/alqQUSMnVi
— Izzat 🐡💨 (@izzat_bashir) September 28, 2023
Perkongsian lelaki itu dengan pantas telah mendapat reaksi daripada pengguna laman tersebut. Mereka juga telah meninggalkan komen mereka berkenaan perkongsian tersebut.
BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Ya Allah, mana isi hati perut sebagai manusia. Kejamnnya,” tulis seorang netizen yang kasihan kepada kucing tersebut.
“Boleh selamatkan lagi tu, kalau cat kena basuh dengan air cepat-cepat, then keringkan & selimutkan dia,” tulis seorang netizen yang mengambil berat.
“Allahuakhbar. Semoga dipermudahkan urusan,” tulis seorang netizen mendoakan kepada lelaki yang membantu kucing tersebut.
Untuk makluman, tindakan menzalimi haiwan adalah satu kesalahan jenayah.
Mereka yang melakukan perbuatan menzalimi haiwan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut perenggan 44(1) hingga (g).
Di mana, jika disabitkan bersalah individu terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Sapa sapa pon, kalau tak suka binatang, jangan la zalim. Buang la dia kat tempat lain ka apa ka. But jangan la buat aniaya mcm ni. Kesian. Haih aku tak sampai hati la. Anyway aku dah inform pihak berkenaan untuk uruskan. Haih. pic.twitter.com/l77iD3h02f
— Izzat 🐡💨 (@izzat_bashir) September 28, 2023
Sumber: X/@izzat_bashir, Jabatan Veterinar