Siakap Keli
Mikroplastik dalam awan
Kredit AFP

Mikroplastik Ditemui “First Time” Dalam Awan

Mikroplastik Ditemui “First Time” Dalam Awan

TOKYO- Mikroplastik dilaporkan telah ditemui dalam awan oleh penyelidik Jepun buat pertama kalinya semasa pemerhatian luar sedang dijalankan, lapor Nikkei Asia.

Kumpulan itu dikatakan akan meneruskan penyelidikan mereka bagi menyiasat butiran lanjut.

Penemuan mikroplastik dalam awan didakwa boleh menjejaskan iklim dan berbahaya kepada tubuh manusia.

Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh profesor Hiroshi Okochi dari Universiti Waseda telah meneliti 44 sampel air yang diambil dari awan.

Sampel air tersebut telah diambil dari awan di puncak dan kaki Gunung Fuji dan puncak Gunung Tanzawa-Oyama barat Yokohama di wilayah Kanagawa.

Sewaktu menganalisis sampel, kumpulan itu telah menemui sejumlah 70 zarah mikroplastik yang boleh di asing kepada sembilan jenis.

Zarah diukur antara 7.1 hingga 94.6 mikrometer dan kepekatan puratanya adalah dari 6.7 hingga 13.9 zarah seliter.

Ia dipercayai bahawa mikroplastik telah dibawa ke atmosfera melalui semburan laut yang terpeluwap menjadi sebahagian daripada awan.

Sehingga setakat ini, masih tidak diketahui kesan penemuan zarah-zarah itu kepada hidupan di atas muka bumi.

Bagaimanapun, ia didakwa mungkin akan memberi kesan ke atas perubahan iklim global.

Mikroplastik boleh menjadi sebahagian daripada ‘benih’ di sekeliling awan yang terpeluwap menjadi titisan hujan.

Proses itu sekali gus meningkatkan jumlah pelepasan awan hujan dan jumlah hujan.

Mikroplastik awan yang jatuh ke tanah sebagai air hujan kemudiannya boleh memasuki tubuh manusia melalui penghasilan pertanian dan ternakan.

Oleh itu, ini akan memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia, kata para penyelidik.

Saintis Teruja Temui Kolam ‘Suci’ Dipenuhi ‘Susu’ Dalam Gua, Tak Pernah Terusik

Saintis teruja selepas menemukan sebuah ‘kolam susu’ misteri di dalam gua bawah tanah di kedalaman kira-kira 700m di bawah permukaan, lapor Mirror.

Kolam yang tidak pernah disentuh oleh manusia itu telah ditemui oleh penjelajah di Taman Negara Carlsbad Caverns di New Mexico, Amerika Syarikat.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Pekerja taman itu menyifatkan penemuan itu sebagai ‘pemandangan yang menakjubkan’ dan ‘benar-benar suci’, di mana kolam ‘dara’ itu dikelilingi oleh batu beku putih.

Walau bagaimanapun, warnanya yang kelihatan biru keruh dengan warna krim pada mata kasar sebenarnya adalah disebabkan oleh ilusi optik.

Sumber: Nikkei Asia

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.