Jangan Sentuh Keluarga Saya – Lee Zii Jia
Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menegaskan untuk tidak memainkan naratif keluarganya dan dijadikan sebagai berita sepertimana dirinya yang sering menjadi sorotan media.
Zii Jia berkata beliau hanya membenarkan perkara mengenai dirinya disiarkan walaupun ia adalah tidak sahih.
“Apa yang saya nak jelaskan dekat sini, media boleh tulis apa sahaja tentang saya tidak kira benar atau tidak, tapi satu sahaja jangan sentuh dan sebut tentang keluarga saya.
“Jangan sebut tentang mereka yang saya ambil berat, itu sahaja. Kalau cross that line, saya akan give up anything (dan) chase after you,” katanya.
Jelasnya, tiada banyak perkara baru yang berlaku dalam dirinya selepas keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Beliau juga mengakui banyak kenyataan yang dikeluarkan tentang dirinya adalah tidak benar namun ia tidak memberi masalah kepadanya.
“Sejak saya keluar dari BAM saya tidak banyak hal yang baru. Saya juga tidak ada (keluarkan) kenyataan banyak, ada yang benar dan ada yang tidak benar.
“Saya tahu ini adalah sebahagian daripada tugas pengamal media. Media boleh laporkan apa sahaja yang mahu,” katanya.
BACA: Lee Chong Wei Bengang Dengan Lee Zii Jia?
Zii Jia Lepasi Halangan Pertama Sukan Asia Hangzhou 2022
Sebelum ini, media melaporkan Zii Jia berjaya mara ke pusingan kedua acara badminton Sukan Asia Hangzhou 2022 hari ini.
Aksi pusingan pertama berlangsung di Gimnasium Binjiang menyaksikan bekas juara All England itu bangkit selepas tewas set pembukaan 15-21, sebelum menang set kedua 21-15 untuk mengheret kepada perlawanan penentuan.
Zii Jia yang sedikit bergelut dengan prestasi kurang konsisten melengkapkan kemenangan 21-16 untuk melangkah ke pusingan kedua berdepan Maurinho Gusmao de Jesus dari Timor Leste.
Pemain berusia 25 tahun itu ketika ditemui pemberita berkata, kemenangan hari ini memberi tonik tambahan buatnya selepas tewas dalam semua empat pertembungan dengan Angus.
“Apa yang berlaku ketika acara berpasukan saya sudah lupakan, saya perlu profesional, tak ada masa nak sedih lagi, dan saya gembira kerana menang hari ini. Sebelum ini jumpa Ka Long kalah, saya tak fikir banyak cuma saya cuma tak nak putus asa.
“Cuma kadang-kadang ia bukan harinya. Saya perlu ambil semangat ini untuk terus yakin,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.
— Syakirah Zulkifly (@SykrhZlkfly) October 2, 2023
Sumber: @SykrhZlkfly/X