Siakap Keli
liverpool isu var
Gambar: Liverpool FC

“Kesilapan Yang Tak Boleh Diterima,” Liverpool Tak Puas Hati Isu Kredibiliti Pegawai VAR

“Kesilapan Yang Tak Boleh Diterima,” Liverpool Tak Puas Hati Isu Kredibiliti Pegawai VAR

ANFIELD — Kelab bola sepak Inggeris, Liverpool mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung kegagalan Pegawai Perlawanan Permainan Profesional Limited (PGMOL) dalam menyelia perlawanan Tottenham Hotspur dan Liverpool pada awal pagi Ahad.

Maklum kenyataan tersebut, penggunaan undang-undang permainan yang sebetulnya tidak diaplikasikan dalam perlawanan tersebut. Perkara itu mengakibatkan integriti perlawanan terjejas.

“Kami faham sepenuhnya tekanan yang dihadapi oleh pegawai perlawanan tetapi tekanan ini sepatutnya dikurangkan dan bukannya diburukkan lagi dengan kewujudan dan pelaksanaan VAR.

“Oleh itu, pasukan tidak berpuas hati kerana tidak diberikan minit permainan yang mencukupi untuk membolehkan keputusan yang betul dibuat dan tiada campur tangan berikutnya,” maklum kelab itu.

Tambah Liverpool, pihaknya menganggap isu ini dikategorikan sebagai kesilapan manusia yang tidak boleh diterima.

Gambar: Liverpool FC

“Mana-mana hasil keputusan hendaklah dibuat melalui semakan dan penuh telus. Hal ini penting untuk memastikan kebolehpercayaan keputusan dibuat pada masa hadapan kerana ia melibatkan semua kelab.

“Undang-undang yang digunakan ini perlu ditambah baik bagi memastikan situasi seperti itu tidak berlaku lagi,” tegas Liverpool.

BACA JUGA: Netizen ‘Banjir’ Air Mata, Nampak Satu Keluarga Jalan Kaki Hantar Anak Masuk Universiti

Sementara itu, kelab itu juga memberitahu pihaknya akan meneroka pelbagai pilihan yang tersedia memandangkan keperluan itu memerlukan penambahbaikan dan penyelesaian.

Perkara sama turut disampaikan oleh wartawan bola sepak, Fabrizio Romano di laman Facebook.

 PGMOL Akui Kesilapan Gol Luis Diaz

Sebelum ini, PGMOL dalam satu kenyataan mengakui kesilapan gol Luis Diaz sewaktu perlawanan antara Tottenham Hotspur dan Liverpool tempoh hari.

Jelas badan pengadilan itu, pihaknya mengakui berkenaan isu tersebut dan semakan penuh akan dijalankan.

“PGMOL mengakui ia adalah kesilapan manusia yang jelas sewaktu separuh masa pertama perlawanan antara Tottenham Hotspur menentang Liverpool.

“Gol Luis Diaz telah dibatalkan kerana offside oleh pegawai perlawanan di atas padang. Ini adalah kesilapan yang jelas dan sepatutnya gol itu diberikan melalui campur tangan VAR. Bagaimanapun, campur tangan VAR tidak diberikan gol.

“Sehubungan itu, PGMOL akan segera menghubungi Liverpool pada akhir perlawanan untuk mengakui kesilapan itu,” kata badan pengadilan itu.

Liverpool Tewas 1-2 di Tangan Tottenham Hotspurs

Gambar: AFP

Dalam perlawanan yang berlangsung di gelanggang Spurs, tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi jaringan kapten pasukan, Son Heung Min pada minit ke-36.

Bagaimanapun, penyerang Liverpool, Cody Gakpo menyamakan kedudukan 1-1 pada minit kecederaan sebelum kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan.

Liverpool terpaksa bermain dengan sembilan pemain akibat dua kad merah dimanfaatkan sebaiknya oleh tuan rumah dengan gol sendiri Joel Matip pada penghujung permainan untuk mengesahkan kemenangan 2-1.

Liverpool kini turun ke tangga ke-4 liga dengan mengumpul 16 mata daripada 7 perlawanan. Manakala Tottenham memanjat ke tangga ke-2 liga selepas mengalahkan The Red dengan 17 mata terkumpul.

Sumber: Liverpool FC, SkySport

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.