Siakap Keli
drama korea sakit hati
Gambar: Viu Malaysia

“Baru 6 Episod Dah Naik Darah Tinggi,” Drama Korea Ni Buat Ramai Netizen Sakit Hati

“Baru 6 Episod Dah Naik Darah Tinggi,” Drama Korea Ni Buat Ramai Netizen Sakit Hati

Macam yang korang tahulah, apa-apa je yang berkaitan Korea Selatan, mesti akan dapat perhatian. Tak kira dari segi hiburan, makanan dan budayanya.

Selain populariti K-pop yang memang tak boleh disangkal lagi, K-drama pun apa kurangnya. Setiap tahun akan ada macam-macam drama yang menjadi bualan. 

Kadang tu nak tengok pun tak sempat sebab banyak sangat drama baru yang keluar. Tambah-tambah pulak kalau ada pelakon yang A-list, mesti drama tu akan mendapat perhatian.

Kita jugak dapat tengok macam-macam jenis genre drama yang dikeluarkan setiap tahun. Romantik, komedi, fantasi, aksi, thriller, seram dan macam-macam lagi.

Salah satu drama thriller yang mendapat perhatian pada tahun lalu adalah The Penthouse yang ada tiga musim. Bagi yang tengok drama ni mesti tahu stresnya macam mana, setiap episod memang boleh buat darah tinggi naik. 

Tapi min sebenarnya nak suggest satu lagi drama Korea yang ada vibe macam The Penthouse yang baru keluar tahun ini. Sebab min taknak stres sorang-sorang, jadi korang kena tengok jugak tau.

The Escape of The Seven

drama korea
Gambar: Viu Malaysia

Drama ini bertajuk The Escape of The Seven yang baru ditayangkan pada 15 September lepas di Viu

Kenapa min kata drama ni ada vibe ala-ala The Penthouse, sebab ia dihasilkan oleh pengarah dan penulis yang sama, iaitu Joo Dong-min dan Kim Soon-ok.

The Escape of The Seven ni menjanjikan jalan cerita yang intense di mana watak-wataknya akan saling tikam belakang sampai buat korang tak tahu nak percaya yang mana satu. 

Lebih-lebih lagi bila ada Uhm Ki Joon yang sememangnya sangat sinonim dengan watak misteri dan antagonis.

Drama ni mengisahkan tentang tujuh orang yang dikaitkan dengan kehilangan seorang gadis. Dalam mencari kebenaran, banyak benda yang berlaku kepada mereka dan ada di antara mereka sedang menjalankan misi membalas dendam.

Min Review

Tengok episod satu pun dah buatkan penonton tak senang duduk. Mana tidaknya, nasib yang menimpa watak Bang Da Mi yang dilakonkan oleh Jung Ra El sangat menyedihkan. Bahagia yang didambakan rupanya lakonan semata-mata.

Bang Da Mi  bersatu semula dengan ibu kandung (Geum Ra Hee) yang sebelum ni diabaikan selama 15 tahun. 

Geum Ra Hee yang merupakan CEO sebuah syarikat produksi ni perlukan dana untuk keluarkan drama terbaru terbitan syarikatnya. Seorang yang panas baran dan sentiasa memastikan apa yang diidam tercapai., Da Mi la menjadi mangsa jika rancangannya gagal.

Dekat sekolah baru pulak, Da Mi susah sesuaikan diri dan selalu kena buli. Sampai la satu hari ni ada seorang pelajar popular kat sekolah tu yang selamatkan dia iaitu Han Mo Ne.

Geum Ra Hee & Han Mo Ne dua-dua sebenarnya mempunyai muslihat lain dengan Bang Da Mi. 

Masuk ke episod kedua, plot semakin menarik dengan pelbagai babak yang pastinya membuat kita semua stres. 

Da Mi yang mempunyai masalah jantung pulak pengsan lepas berjam-jam menunggu dalam hujan depan rumah datuknya. 

Dalam episod ini, kita boleh lihat satu persatu watak berkaitan dengan Da Mi diperkenalkan dan muslihat ibu Da Mi dibongkarkan oleh pembantu datuknya. 

Apa pulak yang akan jadi kepada Da Mi lepas ni? Siapa lagi watak-watak penting dan apa motif mereka berkaitan Da Mi? Kalau nak tahu, korang kena tonton episod terbaru setiap Jumaat dan Sabtu hanya di Viu.

Apa kata netizen?

Bila baca min review ni, mesti korang dah boleh bayang jugak reaksi netizen. Rata-rata ramai yang kata drama ni memang buatkan darah tinggi dorang naik.

 

drama korea sakit hati

drama korea sakit hati

drama korea sakit hati

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.