“Baru Tahu..,” Ini Rupanya Fungsi Lubang Pada Bekas Makanan Plastik
Sebut sahaja perkataan “tapau” pastinya anda mengetahuinya lebih-lebih lagi sewaktu keluar untuk membeli makanan.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), perkataan tapau membawa maksud membungkus makanan untuk dibawa pulang atau sebagainya.
Kebiasaannya, makanan yang ditapau akan diletakkan dalam bungkusan seperti bekas plastik makanan. Bahkan dalam sesebuah majlis juga menggunakan bekas plastik ini kerana ia sangat ringan, murah dan mudah untuk disediakan.
Hal ini kerana bekas ini bersifat mesra pengguna lebih-lebih lagi ia tidak memerlukan sebarang tali atau getah untuk diikat.
Reka bentuk pada bahagian sisi membolehkan makanan ditutup rapi dan dapat bertahan pada tempoh yang lebih lama.
Namun, kadangkala makanan ini biasanya disertakan sekali dengan sudu dan garpu plastik. Lazimnya, orang akan memegang atau menyelitkan pada getah yang diikat atau meletakkannya di dalam bekas makanan.
Perkara ini sering dianggap leceh kerana anda perlu memegang atau terpaksa membasuh kembali sudu dan garfu yang telah diletakkan bersama makanan.
BACA JUGA: Netizen ‘Banjir’ Air Mata, Nampak Satu Keluarga Jalan Kaki Hantar Anak Masuk Universiti
Tahukah anda, sebenarnya bekas makanan plastik ini juga menyediakan ruangan untuk meletakkan sudu atau garfu.
Tentu anda tertanya-tanya dekat mana letaknya sudu dan garpu ini?
Oleh itu hari ini pihak SK akan berkongsikan satu tip berguna untuk orang ramai yang mungkin tidak pernah mengetahui kegunaan tersembunyi bekas makanan ini.
Rupanya Bekas Plastik Makanan Boleh Letak Sudu
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh isnick1 di platform TikTok memaparkan sudu plastik diletakkan di atas bekas makanan.

Menerusi klip berdurasi tujuh saat itu, pada bahagian atas bekas itu mempunyai ruangan kecil yang membolehkan badan sudu atau garpu diselitkan.
Walaupun sudah sedia maklum bahawa lubang kecil itu untuk mengeluarkan wap makanan tetapi boleh juga digunakan untuk fungsi lain rupanya.
Menarik lagi walaupun bekas makanan itu dipusing-pusingkan, sudu itu masih kekal di kedudukannya tanpa terjatuh mahupun menggelongsor keluar.

Reaksi Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terkejut selepas mengetahui ‘rahsia’ itu. Bahkan ada yang tidak mengetahui sama sekali kewujudannya.
Sebahagian mereka yang telah mengetahui juga berpendapat ruangan kecil pada bekas itu bertujuan untuk mengeluarkan wap makanan.
Untuk makluman, video ini mendapat lebih 700,000 tontonan dengan lebih 34 tanda ‘Suka’ dan pelbagai komen daripada pengguna.
@isnick1
Sumber: TikTok @isnick1