Pelajar Pura-pura Jumpa Bayi Yang Dibuang, Rupanya Anak Sendiri
Seorang pelajar di Indonesia ditahan polis selepas ditangkap berpura-pura menemukan bayi yang dibuang di bawah pokok pisang yang ternyata adalah anaknya sendiri yang dilahirkannya di dalam bilik air, lapor Detik.com.
Ketua Polis Kubu Raya, Aipda Ade Surdiansyah berkata wanita tersebut sempat mereka cerita memberitahu bahawa dia mendengar tangisan bayi ketika sedang mengambil wuduk di bilik air untuk menunaikan solat subuh di rumah sewanya.
Dalam cerita rekaan itu juga, wanita tersebut memaklumkan dia menjumpai bayi itu di bawah pokok pisang semasa kejadian yang berlaku di daerah Sungai pada Selasa lalu.
Hasil siasatan awal mendapati wanita yang menjumpai bayi tersebut adalah ibu kandungnya.
“Wanita itu mengakui terjumpa bayi tersebut di bawah pokok. Dia turut melaporkan kepada pihak atasan berkenaan tangisan bayi tersebut.
“Bagaimanapun, setelah siasatan dijalankan, rupa-rupanya ibu bayi itu sebenarnya dia sendiri,” katanya.
Ketika kejadian, situasi tersebut membuatkan penduduk menjadi panik sehingga sesetengah daripada mereka memanggil bidan untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, polis juga melakukan kerjanya dengan segera menjalankan siasatan berhubung pembuangan bayi itu dan menamakan wanita tersebut sebagai pelaku.
“Pun begitu, dalam tempoh kurang enam jam, polis berjaya menemui pelaku pembuangan bayi itu yang rupa-rupanya adalah wanita itu sendiri,” katanya.
BACA: Wanita Dirogol Bomoh 20 Kali, Selepas Ikhtiar ‘Berubat’ Untuk Dapatkan Zuriat
Bukti ditemui di rumah wanita
Jelas Ade, pelaku kes tersebut terbongkar selepas polis menjalankan siasatan di tempat kejadian.
Polis menemukan kesan darah nipis di kawasan pembetung salah sebuah rumah sewa penjenayah.
“Menerusi maklumat yang diperoleh daripada masyarakat setempat, rumah tersebut telah disewa oleh wanita itu yang merupakan ibu kepada bayi berkenaan,” jelasnya.
Setelah bukti terkumpul, wanita tersebut akhirnya mengakui bahawa bayi yang dijumpai itu adalah anaknya sendiri.
Dalam pengakuan itu, dia menceritakan sebenarnya dia tidak berniat untuk membuang bayi itu.
Dia mereka cerita kisah tersebut supaya orang yang menjumpai bayi itu (dirinya) menjadikan anaknya sebagai anak angkat bagi menutup perbuatannya.
“Daripada hasil soal siasat, sebenarnya sejak awal bayi itu tidak dibuang, tetapi berada di dalam rumah.
“Wanita itu mereka cerita bahawa dia menemui bayi itu dengan niat untuk menjadikan bayi perempuan itu sebagai anak angkat untuk menutupi perbuatannya,” ujar Ade.
Polis memaklumkan wanita tersebut telah melahirkan anaknya di dalam bilik air pada Isnin lalu sekitar 5.30 pagi waktu Indonesia.
Pada ketika ini, wanita tersebut telah menerima rawatan perubatan di sebuah hospital di Bandaraya Pontianak.
“Wanita itu telah dirawat di hospital akibat penurunan berat badan, manakala kes ini masih dikendalikan Unit PPA Polis Kubu Raya dengan kerjasama Pasukan Joker Polis Sungai Raya bagi mendedahkan pelaku lain dalam kes itu,” katanya.
Mahasiswi Ngaku Temukan Bayi yang Dibuang, Ternyata Anaknya Sendiri
Dear Mahasiswa/wi
Fokuslah kuliah, soal bikin anak nanti juga akan ketemu jalan dan waktunya pic.twitter.com/6tHoUhWieu— Miss Tweet (@Heraloebss) October 2, 2023
Sumber: Detik.com