Siakap Keli

SSM Serah Van Jenazah & Agih Wakalah Zakat Korporat SSM Berjumlah RM148,000 Di Kuantan

Kuantan, 3 Oktober 2023 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) semalam telah menyumbang sebuah van jenazah bernilai RM138,000 dan agihan Wakalah Zakat Korporat SSM sebanyak RM10,000 kepada Masjid Al Muttaqin, Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang pada Majlis Serahan Van Jenazah ‘Road To Jannah’ di Masjid Al-Muttaqin.

Serahan dan sumbangan yang disempurnakan oleh YB Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ini bertujuan menyantuni dan membantu golongan yang memerlukan demi memelihara kebajikan serta kesejahteraan masyarakat.

Dalam ucapannya YB Senator Puan Hajah Fuziah berkata, pada tahun ini, SSM telah membuat serahan sebanyak empat (4) buah van jenazah kepada Masjid As-Solihin, Pulai, Johor; Masjid An Nur, Krubung, Melaka; Masjid As-Solihin, Kg. Padang Luas, Besut, Terengganu; Masjid Al Jariah, Papar, Sabah dan pada hari ini sebuah van jenazah telah diserahkan kepada Masjid Al-Muttaqin, Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang.

Tambah beliau, pada masa akan datang SSM akan membuat lima (5) lagi serahan van jenazah menjadikan jumlah keseluruhan van jenazah sebanyak 10 buah dengan nilai hampir RM1.4 juta.

Dari 1 Januari 2023 hingga 31 Ogos 2023, SSM telah mengagihkan sejumlah RM6,487,551 WZK SSM kepada golongan asnaf fakir miskin dan fisabillilah di seluruh negara. Manakala pengagihan peruntukan di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SSM bagi tempoh yang sama, SSM telah mengagihkan sebanyak RM419,847.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.