Siakap Keli
lori sampah kosongkan muatan tempat pelupusan
Kredit: TikTok

Ramai Tertanya-tanya, Abang Ni Tunjuk Proses Macam Mana Lori Sampah Kosongkan Muatan

Ramai Tertanya-tanya, Abang Ni Tunjuk Proses Macam Mana Lori Sampah Kosongkan Muatan

Pada awal pagi, kadang-kala kita terserempak dengan lori sampah di kawasan perumahan sewaktu ingin memulakan hari kita.

Kebanyakan perkhidmatan memungut sampah bermula seawal 5.00 pagi, dimana lori-lori sampah melalui jalan dan lorong-lorong taman memungut sampah domestik.

Biasanya, kita dapat melihat bagaimana sampah dimasukkan ke dalam lori sampah, sama ada secara automatik ataupun manual.

Jika secara automatik, tong sampah yang biasanya bersaiz besar akan diangkat pada bahagian belakang lori dan seluruh isi sampah akan terus ke dalam bahagian muatan.

Namun, berbeza bagi penduduk yang tinggal di kawasan perumahan yang memiliki tempat pembuangan sampah tersendiri di depan rumah. Pekerja-pekerja kebersihan ini akan memasukkan plastik beg sampah secara manual pada bahagian belakang lori.

Akan tetapi, pernah atau tidak kita terfikir bagaimanakah lori sampah mengosongkan ruangan sampah di tempat pelupusan sampah?

Adakah prosesnya sama seperti lori yang digunakan dalam pembinaan, iaitu mengangkat ruangan belakang dan menuangkan isi muatan ke bawah?

Atau sampah-sampah tersebut dikeluarkan secara manual, seperti memunggah barang daripada lori muatan barang?

Seorang pengguna TikTok yang berkerja dalam bidang ini, Mohd Redzuan (@mohd_redzuan88) berkongsi jawapan kepada pertanyaan banyak pihak ini.

Tak pernah tengok, lelaki ini tunjuk bagaimana proses lori sampah kosongkan muatan di tempat pelupusan sampah

Pada awalnya, Redzuan menunjukkan bahagian-bahagian penting untuk mengeluarkan muatan sampah dari belakang lori sampah.

Pada bahagian antara depan dan muatan lori sampah, terdapat satu sistem hidraulik yang digunakan untuk mengawal pergerakan bahagian belakang lori.

lori sampah kosongkan muatan di tempat pelupusan sampah
Kredit: TikTok

Pada sistem itu, terdapat beberapa batang yang merupakan suis-suis hidraulik yang digunakan untuk menentukan pergerakan bahagian yang memuatkan sampah.

Menurutnya, suis pertama digunakan untuk menaikkan tail gate, iaitu bahagian pada belakang muatan untuk memastikan sampah tidak terkeluar dari ruangan muatan.

Kata Redzuan, bahagian tail gate perlu dibuka sepenuhnya agar tiada sampah yang tersangkut pada ruangan kontena.

Seterusnya, pekerja kontraktor sampah akan menggunakan lagi satu suis hidraulik untuk mengerakkan ruangan mekanikal pada tail gate.

Ini adalah untuk memastikan, tiada sebarang bahan buangan yang tersangkut pada bahagian tail gate.

Pekerja-pekerja yang bertugas akan mengelak daripada berada di bawah kawasan tail gate agar tidak terkena air sampah.

lori sampah kosongkan muatan di tempat pelupusan sampah
Kredit: TikTok

Selepas air sampah berhenti menitik dari tail gate, suis hidraulik ketiga akan dihidupkan bagi menolak kesemua sampah dari bahagian muatan.

Kredit: TikTok

Apabila semua sampah telah ditolak keluar dari ruangan muatan, pemandu perlu memandu lori sampah ke depan sedikit bagi memudahkan kerja membersihkan saki baki sampah pada ruangan muatan.

Kredit: TikTok

Selepas ruangan muatan sudah tidak mengandungi sampah, tail gate akan diturunkan dan lori akan dibawa ke depoh untuk dicuci.

Kredit: TikTok

Dengan ini, kita tahu bahawa setiap hari lori sampah akan dicuci selepas tamat tugasan dan akan digunakan semua untuk pada keesokan harinya.

@mohd_redzuan88

Membalas kepada @Iskandar 🙉👿😈💸 ok bang permintaan ditunaikan #a #abglorisampah #kamisempoi #foryoupage #fypシ゚viral #fypシ #fyp #pemungutsampah #dumpster #dumpsterdiving #tiktokersrevolusi🕵️‍♂️🕵️‍♀️ #mulung #capcut

♬ bunyi asal – Mohd Redzuan – Mohd Redzuan

BACA: Pandai Bergurau, Anak Ikan Pari Main Percik-percik Air Guna Mulut Curi Tumpuan Ramai

Sumber: @mohd_redzuan88 via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma