Siakap Keli
tip bayar saman jpj
Kredit: @lawyersresponse/TikTok

Jangan Datang Lebih 9 Pagi, Peguam Ini Kongsi Tip Bayar Saman JPJ Di Mahkamah

Jangan Datang Lebih 9 Pagi, Peguam Ini Kongsi Tip Bayar Saman JPJ Di Mahkamah

Apabila pertama kali kena saman dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akibat kesalahan lalu lintas, kita mesti panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Tetapi tidak perlu risau kerana @lawyersresponse telah berkongsi cara yang perlu dilakukan oleh seseorang sekiranya terlibat dalam kes saman JPJ yang memerlukan untuk pergi ke mahkamah.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Cara bayar saman trafik di mahkamah

Langkah 1: Kena pastikan ada dokumen yang lengkap seperti kad pengenalan, lesen, resit saman JPJ, wang tunai atau kad bank.

Langkah 2: Seeloknya tiba di mahkamah pada pukul 8 pagi untuk memastikan tanda hadir apabila pegawai JPJ buat semakan.

Sekiranya datang lambat, sebagai contoh 9 pagi ke atas, kebanyakan pegawai JPJ sudah habis daftar kes saman.

Apa yang perlu dilakukan dalam keadaan itu ialah pergi ke kaunter JPJ untuk tanya dan ambil tarikh baru hadir ke mahkamah.

Langkah 3: Selepas tiba di mahkamah, pergi ke Kaunter Pertanyaan Mahkamah untuk dapatkan lokasi kes saman anda didengari.

Kebiasaannya, mereka akan maklumkan mahkamah yang spesifik. Sekiranya anda pergi ke mahkamah di Shah Alam, contohnya di mahkamah majistret 6, itu adalah tempat saman-saman JPJ didengari.

Langkah 4: Nama dipanggil, mengaku salah dan rayuan

Selepas nama dipanggil, anda akan berdiri di hadapan majistret dan jurubahasa akan bacakan kesalahan dan jumlah maksimum saman tersebut.

Mahkamah kemudiannya akan bertanya semula sama ada anda mengaku bersalah atau tidak. Pun begitu, pesalah selalunya akan mengaku bersalah.

Apabila pesalah mengaku bersalah, mahkamah akan bagi satu peluang untuk buat satu rayuan mitigasi yang membolehkan anda membela diri.

Dalam rayuan tersebut boleh menyatakan alasan kukuh seperti mempunyai penyakit, keluarga yang perlu ditanggung, gaji dan komitmen yang perlu dibayar untuk memohon hukuman dikurangkan.

BACA: Amirudin Saman Sanusi Berkaitan Dakwaan Skandal Projek Sungai Klang

Langkah 5: Diberi jumlah saman, bayar saman (wang tunai atau debit) simpan resit dan saman serta tunjuk pegawai jpj resit saman.

Selepas mengetahui jumlah saman, ada dua cara untuk membayar. Yang pertama bayar menggunakan wang tunai di mesin CDM yang disediakan oleh pihak mahkamah dan pihak kerajaan persekutuan.

Cara kedua ialah bayar secara dalam talian dengan menggunakan kad debit. Pembayaran ini perlu dibayar di kaunter pendaftaran jenayah ataupun di mana-mana kaunter pendaftaran. 

Setelah selesai pembayaran, kepilkan bersama resit dan saman yang dikeluarkan dan beri kepada pegawai JPJ.

Penambahan: Sekiranya anda tidak perasan tarikh yang diperlukan untuk hadir ke mahkamah dan anda secara tidak sengaja tidak hadir untuk dengar sebutan kes itu, kemungkinan besar satu waran tangkap akan dikeluarkan kerana telah melanggar perintah JPJ yang sepatutnya memerlukan anda datang ke mahkamah.

Bagaimanapun, jika memang tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah, pergi sahaja ke mana-mana JPJ dan beritahu alasan untuk dapatkan tarikh baharu.

@lawyersresponse

INI CARA macam mana nak bayar saman di mahkamah #fyp #howto #saman #jpj #polis #abglawyer #ysuku #rxz_members_official #125zr #foodpanda #grab #jnt #grabfood #y15zrmalaysia #proses

♬ original sound – Abang Lawyer Hafiz Baharuddin – Abang Lawyer Hafiz Baharuddin

Sumber: @lawyersresponse/TikTok

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.