Jangan Panik, Ini Yang Anda Kena Buat Kalau Terlanggar Lopak Air Ketika Hujan
Sejak kebelakangan ini, hujan lebat sering melanda beberapa negeri di seluruh Malaysia berikutan perubahan monsun atau lebih sinonim dengan musim tengkujuh.
Oleh itu, rata-rata kawasan dipenuhi lopak air termasuk jalan raya. Perkara ini secara tidak langsung menyebabkan permukaan jalan raya lebih licin berbanding kebiasaan.
Sebagai pengguna jalan raya, tentunya keadaan ini mungkin meningkatkan risiko kemalangan jalan raya lebih-lebih lagi memandu sewaktu hujan lebat. Bukan sahaja keadaan jalan raya yang licin, namun penglihatan pemandu juga terhad.
Jadi, apa yang perlu dilakukan oleh pemandu sekiranya tidak sengaja terlanggar lopak air di jalan raya?
Hal ini kerana tayar kereta berkemungkinan tidak dapat mencengkam jalan raya dengan baik atau dikenali sebagai Hydroplaning.
Lanjutan itu, SK hari ini akan berkongsikan tiga perkara penting jika terlanggar lopak air sewaktu memandu di atas jalan raya.
Punca Kereta Terbabas Ketika Terlanggar Lopak Air
Berdasarkan video yang dikongsikan oleh PakWee di akaun TikTok @pakwee_oe, terdapat tiga penyebab kereta terbabas sewaktu terlanggar lopak air.

Antaranya termasuklah pemandu menekan brek sehingga habis, melepaskan pedal minyak secara mengejut dan tidak memegang stereng kereta dengan betul.
BACA JUGA: Nak Turun Bukit Ada Caranya, Buat Ni Untuk Elak “Brake Disc” Kereta Berasap
Jelasnya, sewaktu kenderaan terlanggar lopak air, ia berisiko menyebabkan tayar kenderaan terapung di atas air meskipun dilengkapi dengan sistem brek ABS.
Perkara ini membuatkan kereta mudah tergelincir ke kiri mahupun ke kanan lebih-lebih lagi jika pemandu menekan pedal brek hingga habis. Secara tidak langsung ia membuatkan tayar kenderaan berhenti.
Cara Yang Betul Kawal Kereta Jika Langgar Lopak Air
Yang pertama, pastikan brek kenderaan dipijak secara lembut atau sedikit demi sedikit.
Yang kedua, pastikan pedal minyak dilepaskan secara perlahan-lahan ketika melanggar lopak air sewaktu memandu.
Yang Ketiga, kawal atau pegang stereng kenderaan dengan kuat bagi mengelakkan kenderaan hilang kawalan.

Sementara itu, PakWee turut menasihatkan pemandu agar memandu pada kadar yang selamat sewaktu permukaan jalan basah.
“Lagi satu juga ingat, bawa kereta waktu hujan, jangan laju-laju. Ini juga yang paling penting sekali. Kalau korang bawa laju pun walaupun korang amalkan tiga tip itu, tetap juga akan ada risiko kemalangan,” pesannya.
@pakwee_oe Bahaya Langgar Lompak Air❗️❗️ #pakwee #dtinzautodetailing #utkkomeajerr #fypmalaysia #fyp #fypmalaysia🇲🇾 #tips #tipskereta #tipscar #tayer #bahaya #bawakereta #hujan
♬ original sound – PakWee@DTinz_BatuGajah – PakWee@DTinz_BatuGajah
Sumber: TikTok Pakwee_oe