Siakap Keli
uai perkataan melaka neraka
Youtube Ustaz Azhar Idrus Official

“Jangan Persenda..,” UAI Perjelas Hukum Tukar Perkataan Neraka Kepada Melaka

“Jangan Persenda..,” UAI Perjelas Hukum Tukar Perkataan Neraka Kepada Melaka

Gurau senda antara ahli keluarga dan rakan-rakan kadangkala boleh mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi ia dapat menceriakan suasana.

Walau bagaimanapun, sebagai umat Islam, setiap lisan yang keluar daripada mulut haruslah dipelihara kerana kadangkala ia boleh membawa mudarat sama ada pada diri sendiri mahupun terhadap orang lain meskipun ia bersifat gurauan.

Sehingga kini, budaya double meaning semakin meluas digunakan dalam kalangan masyarakat termasuk di platform media sosial.

Pun begitu, perkara ini dibimbangi boleh membawa keburukan kepada individu tersebut dari sisi Islam seperti perkataan ‘Melaka’ yang sering digunakan dan membawa maksud tersirat ‘Neraka’.

Sehubungan itu, pendakwah bebas terkenal tanah air, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil memperjelaskan perkara tersebut dalam satu kuliah agama baru-baru ini.

Beliau memperjelaskan perkara itu selepas menerima soalan yang diajukan menerusi sepucuk kertas.

“Ramai netizen cakap tadi, kalau nak masuk Melaka, tak kata masuk Neraka, Apakah hukumnya?”

Mempermainkan Perkataan Masuk ‘Neraka’ Kepada ‘Melaka’

Jelas pendakwah terkenal itu, perkataan yang disebut itu bergantung kepada niat. Sekiranya ucapan tersebut berniat mempersendakan, maka jatuh Kafir.

“Hukum tengok tujuan, kalau dia kata mempersendakan ayat-ayat Allah, jadi Kafir. Nampak?

“Kadang-kadang ulama kata haram, tapi ada orang tak puas hati walaupun ulama kata Haram, dia menganjing balik.

“Haa masuk ‘Melaka’ la kita, tok guru kata haram dah.. Masuk ‘Melaka’ lah. Hukumnya jadi kafir kalau dia niat menganjing kepada ayat-ayat Allah,” kata UAI.

BACA JUGA: “Mung Sape?”, Pedas, UAI Tegur Sikap Netizen Suka Masuk Campur Urusan Tetapan Hari Raya

Tambahnya, beliau menasihatkan agar orang ramai untuk tidak mempersendakan ayat-ayat Allah.

“Jangan persendakan Neraka Allah. Sebab ulama kata, barangsiapa mempermainkan Syurga dan Neraka, mempersendakan ayat-ayat Allah telah bertukar menjadi kafir.

“Haa tu kena hati-hati,” jelasnya dalam ceramah tersebut.

Sebelum ini, UAI dalam satu ceramah turut memperjelaskan hukum membungkus lauk kenduri selepas timbul isu berhubung perkara berkenaan.

BACA JUGA: UAI Perjelas Hukum Bungkus Lauk Kenduri

Untuk lebih penjelasan boleh tonton video di bawah.

Sumber: YouTube Ustaz Azhar Idrus Official

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?