Kuala Lumpur, 5 Oktober – Bersedia untuk memulakan pengembaraan yang unik dengan Sunway’s Lost World Of Tambun yang mengungkapkan babak kedua yang menawan tetapi mengejutkan dari festival Halloween mereka, SCREAMFEST 2.
Sepanjang bulan Oktober, tanah kuno yang berusia lebih 400 juta tahun akan berubah menjadi FREAKSHOW di mana pengunjung boleh mengalami keajaiban dan melalui sendiri keanehan SCREAMFEST 2.
Festival ini akan berlangsung setiap Jumaat, Sabtu, dan Ahad mulai 6 Oktober hingga 31 Oktober, dari jam 7:15 malam hingga 11:00 malam.
“Kami bangga untuk mengumumkan kembalinya SCREAMFEST 2 – acara Halloween tahunan kami yang tidak hanya meningkatkan pelancongan domestik tetapi juga menawarkan pengalaman Malaysia yang unik,” kata Encik Nurul Nuzairi, Pengurus Besar Kanan Taman Tema Sunway.
“Kami mengalu-alukan komuniti yang pelbagai, muda dan tua, untuk terlibat dalam naratif yang memukau mengenai cerita rakyat dan tempatan.”
Langkah ke dunia mistik dan misteri SCREAMFEST 2, di mana tarikan tahun ini menjanjikan kegembiraan dan thrill yang berbeza hingga membuatkan anda berdiri bulu roma.
MISTIKA TAMBUN
Teroka 400 juta tahun sejarah yang memukau, menjelajahi mantra dan upacara kuno di tanah mistik ini. Mantera kuno ini menggema di ruang dengan aura yang ajaib dan menyeramkan!
WHISPERS OF SORCERY
Jumpa seorang gipsi misteri yang hanya muncul di guanya yang gelap semasa musim Halloween! Bersedia, kerana dia mungkin akan berkongsi nasib anda atau mendedahkan mimpi ngeri anda!
DENAI PUAKA
Cabar diri anda untuk berjalan di jalan 7 Deadly Sins. Terokai suasana di mana kuasa jahat mengintai, menunggu anda untuk membebaskan sumpahan!
LUMINOUS FORREST: A DYSTOPIAN JOURNEY
Berjalan melalui hutan misteri dan temui makhluk yang aneh. Mulakan perjalanan ke dalam dunia dystopia yang mempesonakan dan mencetuskan imaginasi.
EKSPRES 999
Naik ke atas Express 999 dan terbang dalam pengembaraan yang membuatkan bulu roma anda meremang melintasi sudut-sudut gelap taman yang dihuni hantu-hantu untuk mengejutkan anda.
Ini adalah peluang terbaik untuk merasai suasana Halloween dengan rakan-rakan dan keluarga, mencipta kenangan yang akan membawa senyuman pada wajah anda.
Bersedia untuk terpesona dengan pertunjukan dan persembahan yang memikat, termasuk House Of Freak dan Dukun Mantra, khas bagi merealisasikan lagi pengalaman SCREAMFEST 2. Tunggu sehingga akhir untuk saksikan acara kemuncak yang mendebarkan untuk anda.
Jadikan SCREAMFEST 2 pengalaman yang anda tak dapat lupakan. Jadi tandakan kalendar dan bersedia untuk pengalaman Halloween yang penuh dengan jeritan menakutkan, kejutan mengejutkan, dan kegembiraan!
Tiket dalam talian kini boleh dibeli di Lost World Of Tambun e-store, dengan harga RM80 untuk Dewasa dan RM72 untuk Kanak-kanak dan OKU. Jangan lepaskan peluang!