Siakap Keli
johan ghazali kontrak one championship
Sumber: IG johanghazali_

Baru 16 Tahun, Johan Ghazali Berjaya Dapat Kontrak ONE Championship Bernilai USD 100,000

Baru 16 Tahun, Johan Ghazali Berjaya Dapat Kontrak ONE Championship Bernilai USD 100,000

Petinju Muaythai negara, Johan Ghazali berjaya mendapatkan kontrak daripada ONE Championship bernilai USD 100,000.

Terdahulu, atlet berusia 16 tahun itu berjaya meraih kontrak berkenaan selepas menundukkan lawannya dari Rusia, Temirlan Bekmurzaev dalam ONE Friday Fights 36, semalam.

Dalam pertarungan sengit itu, Johan Ghazali atau JoJo Ghazali berjaya melepaskan tumbukan bawah ke arah dada Bekmurzaev. Jojo memenangi perlawanan tersebut secara knock out pada pusingan kedua.

Lebih menarik, beliau turut membawa pulang hadiah kemenangan bernilai 350,000 Baht.

Mengulas mengenai kontrak yang berjaya dimilikinya, Jojo ternyata tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira.

Johan Ghazali, fighter termuda dapat kontrak ONE Championship

”Ini gila, saya akan memasuki usia 17 tahun pada bulan hadapan. Saya mendapat kontrak ONE Championship sebelum saya memiliki lesen memandu, jadi ini sangat gila,” katanya.

 

Dengan kejayaan itu, Jojo menjadi atlet petarung termuda yang berjaya mendapatkan kontrak ONE Championship.

Menurut laman web ONE Championship, Jojo Ghazali merupakan petinju Muaythai Malaysia/Amerika yang mewakili kelab Rentap Muaythai Gym.

Beliau mempunyai darah campuran melalui ayahnya, warga Malaysia dan ibunya yang berasal dari Amerika Syarikat. Jojo dilahirkan di Malaysia dan menghabiskan usia muda dan bersekolah di Sarawak.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fight Record (@fight_record)

Beliau memiliki rekod bersih kemenangan 4-0 sepanjang kariernya bersama kejohanan tersebut. Selain Bekmurzaev, lawan lain yang pernah ditewaskannya sebelum ini adalah Samurai Seopal , Tai Sor Jor Piek Uthai dan Padetsuk Fairtex. Ketiga-tiga mereka berasal dari Thailand.

 

Dalam empat perlawanan tersebut, tiga daripadanya dimenangi Jojo secara knock out.

Di media sosial pula, kejayaan Jojo itu ternyata disambut gembira oleh para peminatnya, khususnya menerusi perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata mengucapkan tahniah kepada Jojo dan mengagumi pencapaian hebat yang diraihnya setakat ini dalam sukan berkenaan.

@bilikberitacats

Atlet remaja Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar meraih kontrak ONE Championship bernilai USD 100,000 selepas menumpaskan lawannya dari Rusia, Temirlan Bekmurzaev di Stadium Lumpinee Boxing, Bangkok malam tadi. Atlet berusia 16 tahun itu turut memenangi hadiah 350,000 baht. Tahniah Jojo 🇲🇾 #johanghazali #muaythai #onechampionship #rentapmuaythai

♬ original sound – BBcats – BBcats

“Umur muda, apatah lagi. Tak tahu nak cakap apa, terbaik bro kau akan jadi hebat satu hari nanti.”

“Kebanggaan Malaysia dan kebanggaan Sarawak, tahniah.”

“Tahniah Jojo. Anda kebanggaan semua rakyat Malaysia.”

“Jojo anak bumi Kenyalang, harumkan nama Malaysia.”

Semoga kejayaan terus menjadi milik Jojo selepas ini dan kariernya terus berkembang ke pentas yang jauh lebih tinggi lagi selepas ini.

BACA: Mechamato Kini No.1 Dalam Top 10 Tv Shows Netflix, Peminat Anime Di Jepun Pun ‘Approve’

Sumber: ONE Championship

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.