Masjid Hasil Sumbangan Malaysia Musnah Akibat Serangan Israel – Muslim Care Malaysia
Masjid hasil sumbangan rakyat Malaysia, Masjid Muhammad Al Amin di Palestin dipercayai musnah akibat serangan Israel.
Perkara itu dimaklumkan oleh Muslim Care Malaysia Society di Facebook hari ini.
“Retak hati berkeping-keping melihat masjid yang tersergam indah hasil dana rakyat Malaysia pecah berderai kesan serangan oleh Israel,” kata Muslim Care.
BACA: Serangan Hamas: Lebih 200 Warga Israel Terkorban
Difahamkan, masjid tersebut telah siap dibina oleh Muslim Care pada penghujung tahun 2013 hasil usaha dan sumbangan rakyat Malaysia.
“Penghujung tahun 2013, Muslim Care Malaysia mencipta sejarah apabila berjaya membina sebuah masjid luas dan cantik untuk rakyat Palestin.
“Malangnya semua hasil usaha dan sumbangan rakyat Malaysia, hari ini, 7 Oktober 2023, Masjid Muhammad Al Amin ini musnah keseluruhannya dan tidak lagi boleh digunakan.
Terdahulu, satu serangan udara Israel ke atas Hospital Indonesia di Bayt Lahiya, Gaza Utara pada Sabtu mengakibatkan kematian seorang sukarelawan Palestin bernama Abu Romzi, yang telah berkhidmat di kemudahan itu sejak 2011.
BACA DI SINI: Sukarelawan Palestin Di Hospital Indonesia Di Gaza Terbunuh Serangan Udara Israel
Pada masa sama, serangan udara Israel di Gaza menyebabkan lebih dari 300 kematian dan ribuan penduduk Palestin cedera, maklum pihak berkuasa Gaza.
Sementara itu, serangan mengejut Hamas ke atas Israel juga menyaksikan lebih 600 warga Israel terkorban setakat ini.
Sumber: Muslim Care Malaysia Society