Siakap Keli
tip isi angin tayar
Gambar: TikTok @ Pakwee_oe

Jangan Terlebih & Terkurang, Abang Ni Kongsi Tip Isi Angin Tayar Kereta Dengan Betul

Jangan Terlebih & Terkurang, Abang Ni Kongsi Tip Isi Angin Tayar Kereta Dengan Betul

Sehingga kini, kereta menjadi satu keperluan untuk seseorang bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu seperti panas terik dan hujan lebat.

Dengan kenderaan beroda empat ini, setiap individu akan lebih terlindung daripada terkena sinaran matahari dan basah akibat hujan.

Antara komponen penting kereta termasuklah tayar yang berfungsi menggerakkan kenderaan tersebut.

Bercakap mengenai tayar, rata-rata komponen kenderaan ini perlu diisi dengan tekanan angin untuk memastikan ia dapat menampung berat sesebuah kereta itu bagi bergerak dengan lebih lancar.

Oleh itu, kita sering mendengar kata-kata mengenai “angin kurang” dan “angin penuh”  mengenai tayar kenderaan.

Meskipun terdapat pelbagai pam angin di setiap stesen minyak atau bengkel kenderaan, sesetengah orang atau pemilik kenderaan masih belum mengetahui cara untuk menggunakan mengepam tayar kereta mereka.

Jadi, hari ini, SK akan berkongsikan tip yang disampaikan oleh Pak Wee berkenaan cara pam angin tayar kenderaan anda dengan betul.

Tip Pam Angin Tayar Kereta Dengan Betul 

Menurut Pak Wee, segelintir orang tidak mengetahui cara mengepam angin tayar kenderaan mereka meskipun pam angin telah disediakan di stesen minyak.

Bahkan ada yang hanya main tekan sahaja tekanan angin sebelum tiub itu disumbat pada tayar kenderaan mereka. Perkara ini boleh membuatkan tayar kereta kekurangan angin atau terlebih angin dan memberi kesan pada pemanduan kelak.

Jadi, mudah sahaja untuk mengisi angin pada kereta anda iaitu dengan:

Lihat Pelekat Pada Pintu Kereta

Gambar: TikTok @ Pakwee_oe

Untuk mengetahui angin yang sesuai diisi pada tayar kenderaan, anda perlu melihat stiker atau pelekat yang terdapat pada pintu kereta.

BACA JUGA: Nak Turun Bukit Ada Caranya, Buat Ni Untuk Elak “Brake Disc” Kereta Berasap

Jelas Pak Wee, setiap kenderaan mempunyai pelekat tersebut sebagai panduan untuk mengisi angin.

Manakala bagi kenderaan yang tidak mempunyai pelekat pula, kebiasaannya tayar kereta diisi pada tekanan angin 210 hingga 230 kPa.

Gambar: TikTok @ Pakwee_oe

Bagaimanapun, ia bergantung kepada kapasiti penumpang (penumpang ramai perlu isi angin hingga 230 kPa manakala 210 hingga 220 kPa untuk kurang penumpang di belakang).

Apa Jadi Pada Tayar Kalau Kurang Atau Terlebih Isi Angin?

Sekiranya angin tayar kurang, permukaan tayar akan lebih banyak menyentuh permukaan jalan. Perkara ini akan menyebabkan tayar cepat haus, merekah dan berisiko untuk meletup.

Sementara itu, jika angin tayar diisi lebih pada tekanan angin yang sepatutnya, tayar kenderaan akan menjadi keras dan berasa seolah-olah seperti ‘melompat’.

Jelas Pak Wee, angin tayar kurang adalah lebih berisiko berbanding angin tayar terlebih.

@pakwee_oe

Pam Tayar pon xreti🤫 #pakwee #dtinzautodetailing #utkkomeajerr #fypmalaysia #fyp #fypmalaysia🇲🇾 #tips #tipskereta #tipscar #tayer #bahaya #bawakereta

♬ original sound – PakWee@DTinz_BatuGajah – PakWee@DTinz_BatuGajah

Sumber: TikTok @pakwee_oe

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?