“Berbahagialah Di Syurga..,” Pilu Seorang Suami, Isteri Hamil 8 Bulan Meninggal Dunia
Setiap pasangan pasti mengimpikan kehidupan berkeluarga yang bahagia tanpa sebarang badai melanda.
Kehidupan di samping pasangan tercinta dan anak-anak comel yang menjadi penyeri antara impian setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.
Namun tidak semua kisah rumah tangga akan berakhir dengan kisah yang bahagia seperti drama-drama di televisyen.
Ada yang terpaksa berpisah kerana kematian dan sudah semestinya, tiada siapa yang akan bersedia apabila menghadapi momen-momen duka seperti itu.
Perpisahan itu telah terjadi kepada pasangan muda ini yang tular di TikTok sejak semalam.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok @mrwancaiofficial77, seorang lelaki bukan sahaja kehilangan isterinya, malah terpaksa menerima hakikat kehilangan bayi sulungnya buat selama-lamanya.
Wanita yang dikenali sebagai Nor Ezaty Abdul Latif itu dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas. Lebih memilukan, Allahyarhamah juga sedang hamil lapan bulan.

Proses pengurusan jenazah telah dibantu oleh UKVJ
Proses pengurusan jenazah ibu muda berusia 26 tahun itu dikatakan telah dilakukan oleh Unit Khas Van Jenazah (UKVJ).
“Nor Ezaty Binti Abdul Latif meninggal dunia bersama anak dalam kandungannya yang berusia lapan bulan. Punca kematian ibu muda berusia 26 tahun ini adalah disebabkan sesak nafas.
“InshaAllah team UKVJ HQ akan membantu pengurusannya sebentar lagi,” tulis kapsyen video tersebut.
Menerusi Facebook Mr Wan Cai Official, proses pengurusan jenazah itu selesai dilakukan malam tadi.
“Ujian hebat buat suami yang hebat, kebahagiaan yang dikecapi hilang dalam sekelip mata.
“Kehilangan yang dilalui bukan satu tapi dua, ibu Syahid kini berbahagia bersama anaknya di Syurga,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersimpati terhadap nasib yang dialami lelaki itu dan mendoakan agar Allahyarhamah serta bayinya ditempatkan di Syurga.
BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah buat keluarga. Moga Nor Ezaty Abdul Latif diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin,” tulis seorang pengguna yang mendoakan Allahyarhamah.
“Lepasni tak ada dah orang nak ajak aku tido sekali. Al fatihah kakak rehatlah, berpantanglah di syurga,” tulis seorang pengguna yang dipercayai sebagai adik arwah.
“Kakak cousin saya, Al-fatihah kakak. Empat tahun tunggu baby, tapi Allah lebih sayang, Dia ambil dua-dua,” tulis seorang lagi kenalan arwah Nor Ezaty.
@mrwancaiofficial77 Nor Ezaty Binti Abdul Latif Meninggal Dunia Bersama Anak Dalam Kandungannya Yang Berusia 8 Bulan. Punca Kematian Ibu Muda Berusia 26 Tahun Ini Adalah Di Sebabkan Sesak Nafas. InshaAllah Team UKVJ HQ Akan Membantu Pengurusannya Sebentar Lagi. Nantikan Live Yang Akan Di Buat Pada Bila² Masa!
Sumber: TikTok/@mrwancaiofficial77