Siakap Keli
Kredit: ERA

Episode 1 Dah Rancak, Aksi Tarian Adik Ni Jadi Super Mario Buat Semua Orang Tepuk Tangan

Episode 1 Dah Rancak, Aksi Tarian Adik Ni Jadi Super Mario Buat Semua Orang Tepuk Tangan

Nak tengok televisyen, tapi tak tahu nak tengok apa sekarang? Asyik tengok drama ja, nak juga tengok program atau rancangan-rancangan ‘reality show’ kan. Jangan khuatir sebab sekarang ini tengah hebat diperkatakan tentang sebuah rancangan di Astro iaitu Battleground Malaysia: Road to Gold (#BTGMY). Rancangan apa sebenarnya ni? 

#BTGMY merupakan sebuah rancangan inisiatif daripada Kementerian Belia dan Sukan dan diperkasakan oleh Rakan Muda serta mendapat suntikan daripada jenama gaya hidup iaitu Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik. Pada 29 September yang lalu, rancangan ini telah pun ditayangkan untuk episod yang pertama. Tapi bila dilihat balik, rancangan ini walaupun baru episod satu dah rancak sangat.

Si Cilik Buat Persembahan Tarian Super Mario

Para peserta bagi pertandingan ini datang daripada pelbagai negeri, dengan mewakili negeri mereka untuk bersaing dengan peserta yang lain. Dalam episod satu yang lalu, antara kelibat yang menjadi perhatian adalah tentang peserta kanak-kanak yang mengenakan pakaian Super Mario ketika membuat persembahan. Peserta cilik tersebut telah membuatkan semua orang bertepuk tangan setelah dia pertontonkan aksi seakan-akan Super Mario. 

4 Kapten Pilih 10 Penari Untuk Pasukannya

Tapi bukan adik ni ja tau yang menjadi perhatian, semua peserta telah menunjukkan persembahan yang sangat menarik dan menjadikan episod satu rancangan ini sangat rancak. Pada episod yang pertama juga, semua peserta yang mewakili negeri mereka membuat persembahan tarian di hadapan 4 orang kapten. Setiap kapten memilih 10 penari yang datang daripada pelbagai bangsa ke dalam pasukan mereka.

Untuk peserta yang dipilih lebih daripada seorang kapten, layak untuk memilih hala tujunya bersama kapten yang mana. Namun, bagi penari yang tidak dipilih, akan diletakkan di dalam ‘Holding Zone’ untuk menantikan nasib mereka. Kapten boleh meminta agar penari di dalam zon tersebut untuk ‘solo battle’ sebagai peluang kedua untuk menyertai pasukannya. Akhirnya, hanya 4 kapten di mana 10 penari di dalamnya akan terbentuk, manakala penari yang tak terpilih akan disingkirkan.

Tengok, episod satu pun dah banyak drama. Memang rugi lah kalau tak layan rancangan ni. Lagipun rancangan ni sangat dekat dengan hati belia di Malaysia. Apa tidaknya, rancangan ini kan adalah inisiatif daripada KBS dan juga diwarnai oleh Rakan Muda menerusi jenama gaya hidup Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik.

Diwarnai Oleh Program Rakan Muda

Alang-alang bercakap tentang Rakan Muda ni, mesti ramai yang terimbau kembali kenangan-kenangan menyertai pelbagai program yang dianjurkan di bawah payung Rakan Muda. Kini, KBS telah mewarnainya semula dan menjadikan Rakan Muda sebagai payung belia untuk menyertai pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Antaranya satu Majlis Pelancaran Rakan Muda Nafas Baharu telah diadakan di Dectar, UKM baru-baru ini. Majlis ini telah dihadiri oleh ramai belia yang menunjukkan semangat masing-masing. Bukan itu sahaja, ada juga Jelajah Rakan Muda diadakan di seluruh negara melibatkan ramai pengunjung tanpa mengira peringkat umur.

Fokus Rakan Muda Yang Diberi Nafas Baharu

Bagi tahun 2023, Rakan Muda berevolusi dengan memberi fokus kepada pembangunan anak muda menerusi penterjemahan ekspresi, minat dan kecenderungan positif berlandaskan 10 gaya hidup yang Fun, Vibrant dan Meaningful. Antara fokus utama Rakan Muda adalah seperti berikut:

  1. Menghangatkan semula jenama Rakan Muda kepada generasi kini melalui 10 gaya hidup yang diberi nafas baharu
  2. Membangunkan anak muda menerusi penterjemahan minat dan kecenderungan positif
  3. Sinergi dengan pelbagai rakan strategik.

tarian super mario

tarian super mario

Menariknya program Rakan Muda kali ini, korang boleh menikmati pelbagai ganjaran menerusi rakan-rakan strategik Rakan Muda. Antaranya adalah Grab Malaysia, Lazada, Shopee dan foodpanda.

Begitulah yang dipamerkan oleh program Rakan Muda menerusi rancangan #BTGMY yang telah pun ditayangkan di saluran Astro. Jadi, bagi sesiapa yang terlepas episod 1, lebih baik tengok ulangan dulu sebelum episod kedua pada Jumaat ini bersiaran.

BTGMY boleh disaksikan di pelbagai siaran iaitu Astro Ria (104), Vinmeen (202) dan SHowcase (413) pada setiap Jumaat pada jam 10 malam mulai 29 September. Bagi yang terlepas, korang boleh menonton di Astro AEC (306) setiap Sabtu pada jam 11 malam mulai 30 September.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.