“Dia Ni Memang Baik…” Song Ji Hyo Terkesima Videonya Jaga Aurat Peminat Tular
Sebut sahaja Running Man, pasti akan mengenali figura ini walaupun tidak menonton rancangan aneka ragam tersebut.
Baru-baru ini, pelakon Korea Selatan, Song Ji Hyo terkesima selepas mengetahui videonya yang menjaga aurat peminat yang beragama Islam ketika bergambar dengannya beberapa bulan lalu menjadi tular di media sosial.
Pelakon berusia 42 tahun itu tidak menyangka perkara seperti ‘menjaga’ menarik perhatian orang ramai kerana beliau hanya memastikan aurat wanita tersebut tidak dilihat oleh orang lain.
Menerusi muat naik video @foreversjh, ia memaparkan seorang wanita menyampaikan perkara itu dengan menunjukkan kepadanya rakaman klip viral tersebut.
Individu itu dipercayai adalah orang yang sama, di mana auratnya telah dijaga oleh Ji Hyo ketika sesi perjumpaan peminat di Malaysia bersama Glutanex dan Watsons pada Mac lalu.
Wanita tempatan itu telah memenangi tiket percutian ke Korea Selatan dan berpeluang untuk melawat ibu pejabat Glutanex.
Dalam video tersebut, individu itu menerangkan kepada Ji Hyo bahawa perbuatannya menyentuh hati ramai pihak.
Ji Hyo dilihat tersipu malu apabila individu tersebut menyampaikan perkara itu.
Tindakan tersebut sekali gus membuktikan bahawa ahli Running Man itu sedar bahawa peminatnya bukan sahaja terdiri dari agama Kristian, malah terdapat juga mereka yang beragama Islam.
Kemungkinan pelakon tersebut juga dipercayai mengetahui sedikit sebanyak tentang ajaran Islam dan disebabkan itu beliau peka terhadap perkara-perkara sedemikian (aurat wanita).
BACA: Ahli Running Man Terkejut, Song Ji Hyo Dedah Keluarga Miliki Perniagaan Feri
Ji Hyo jaga aurat peminat
Mac lalu, tular satu video memaparkan Ji Hyo menjaga aurat peminat ketika sesi bergambar, di mana tudungnya telah ditiup angin yang kuat hingga membuatkan ia terselak.
Bagaimanapun, Ji Hyo yang berada di sebelahnya menyaksikan kejadian itu dan dengan pantas beliau menggunakan tangannya yang dijadikan sebagai pemberat menahan tudung berkenaan daripada terbang.

Usai sesi bergambar, Ji Hyo dengan ramahnya mendepakan tangannya memberi petunjuk untuk memeluk wanita tersebut.
Rata-rata orang ramai yang menonton video tersebut memuji tindakan murni Ji Hyo dan mengatakan beliau adalah salah seorang artis yang layak diberikan pujian dan dihormati.
“Kita ni kan boleh tahu orang tu palsu atau memang baik. Tapi Song Ji Hyo ini orang tengok pun tahu dia ini memang baik,” kata warga maya.
“Sebab itu dari dia mula Running Man aku sudah minat dekat dia. Suka tengok sikap dia,” puji netizen.
“Mempunyai hati yang bersih, baik dia ini kan. Manis sahaja,” ujar warga maya.
@foreversjh lurveeee the vibes ❤️ repost : lol #songjihyo #송지효 #runningman #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #foryoupage #fyp
Sumber: @foreversjh/TikTok