Kisah Sedih Bintang Korea Han So-Hee, Ibu Guna Nama Untuk Berhutang RM70K
Kisah aktres cantik Korea Selatan, Han So-Hee sebelum ini pernah menggemparkan dunia hiburan apabila didakwa ‘diperguna’ ibu kandung sendiri untuk membayar hutang kira-kira RM70,000.
Menurut portal berita hiburan, Kbizoom, kejadian itu berlaku ketika So-hee belum lagi bergelar seorang pelakon. Ketika itu, So-hee terpaksa menghabiskan masa selama 12 jam sehari dan enam hari seminggu bekerja untuk melunaskan hutang tersebut.
Pendedahan mengenai kisah sedih yang dihadapi pelakon berkenaan dibuat oleh seorang penggiat kandungan Youtube, Lee Jin-ho pada tahun lepas.
Dalam video yang dimuat naik oleh Jin-ho, dia cuba menjelaskan salah faham mengenai So-hee dan mengapa pelakon tersebut dibesarkan oleh neneknya.
Menurutnya lagi, S0-hee dibesarkan oleh neneknya selepas ibu bapa pelakon tersebut bercerai ketika dia baru berusia sekitar lima tahun.
Niat asal berpindah ke Ulsan kerana rindukan ibunya, pelakon ini tidak menyangka bahawa ibunya tergamak untuk melakukan perkara tersebut
Ketika So-hee mencapai usia 17 tahun, beliau berpindah Ulsan, dimana dia dilahirkan dan tempat ibu menetap ketika itu.
Beliau berpindah dengan neneknya ke sana namun hampa kerana masih tidak dapat bertemu dengan ibu kandung secara kerap. Walaupun berada di satu daerah yang sama, So-hee dan ibunya ketika itu tinggal secara berasingan.
“Ibu So-hee tidak membesarkan dan menjaganya dengan baik. Suatu masa, ibunya telah membuka satu akaun bank di atas nama pelakon tersebut dan sejak itu bermula masalah,” kata Jin-ho.
So-hee ternyata merasa sangat kecewa apabila mengetahui masalah yang melanda berpunca daripada tindakan ibu sendiri.
Apabila menginjak usia dewasa, So-hee kemudian nekad berpindah ke Seoul. Sejak itu, hubungan beliau dengan ibunya menjadi renggang, namun masalah hutang membebani pelakon tersebut ketika itu.
Ibunya memberi alasan tindakan itu dibuat kerana terdesak dan memerlukan wang.
Kemudian, wanita muda itu berkerja secara sambilan di sebuah pub, enam hari seminggu bermula pukul 6 petang sehingga 6 pagi. Semuanya demi membayar hutang ibunya yang bernilai lebih dari 20 million won (RMRM70,511.85).
Walaupun selepas berhempas pulas membayar hutang ibunya, ibu Han So Hee masih lagi terlibat dalam kes hutang
“Pelakon itu telah memberikan semua wangnya, namun ibunya dikhabarkan masih mempunyai hutang lagi.
“Masalah hutang ibunya dikatakan tidak dapat dikawal sewaktu pelakon ini memulakan kariernya dalam dunia seni. Oleh sebab itu, So-Hee telah bertegas dengan ibunya kerana pelakon itu sendiri tidak mampu menyelesaikan masalah hutang itu,” kata Jin-ho lagi.
Sebelum ini, terdapat sebuah laporan berkenaan seorang ibu selebriti terkenal yang disaman kerana melakukan penipuan yang bernilai kira-kira 85 juta won (RM299,365.74).
Susulan itu, nama So-hee telah didedahkan oleh penggiat Youtube, Lee Jin-ho dan pelakon berkenaan telah mengeluarkan kenyataan pada 7 Mac 2023 menerusi agensinya, 9ato Entertainment.
“Ibu So-hee telah menggunakan akaun bank yang dibuka atas nama So-Hee dalam proses untuk meminjam wang.
”Ketika itu, So-hee masih lagi di bawah umur dan tidak tahu namanya telah digunakan untuk untuk meminjam wang. Akibatnya, So-hee terpaksa menanggung kesan daripada perbuatan tersebut.
“Beberapa insiden yang sama juga pernah berlaku sebelum ini. Malah, terdapat bukti pemalsuan terhadap dokumen peribadi So-hee.
“Mahkamah dengan jelas menyatakan bahawa Han So-hee tidak terlibat.”
BACA: Ibu Sebak, Anak Bawa Kawan-kawan Datang Tempat Kerjanya, Buat Kejutan Sambut “Birthday”