‘Mana Pergi Senyuman Cef CZN Burak?’
Pada tahun 2020, sebuah aplikasi media sosial menjadi bualan hangat orang ramai susulan ia menjadi tempat masyarakat menghabiskan masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan.
Dari situ juga wujudnya satu panggilan ‘content creator’ dan diberikan kepada mereka yang membuat kandungan menarik di TikTok.
Misalnya, seperti seorang cef Turki, yang sangat murah dengan senyuman, CZN Burak di mana dia selalu mencipta kandungan memasak sambil senyum tepat ke arah kamera.
Oleh kerana watak yang dibawa agak menarik cef tersebut serta-merta memperolehi perhatian orang ramai dari serata dunia.
CZN Burak atau nama sebenarnya Burak Ozedmir, ialah seorang tukang masak yang tular pada tahun 2020 kerana memasak resipi yang berbagai sambil memaparkan senyuman ke arah kamera.
Senyumannya mula hilang
Bagaimanapun, Burak mula menunjukkan perubahan pada suatu ketika hingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminatnya, memetik Cultura Colectiva.

Difahamkan, sesuatu berlaku membuatkan senyumannya hilang dan sejak itu dia mula menunjukkan perubahan dalam sikapnya yang gembira kepada suram.
Kejadian yang membuatkan Burak yang juga digelar sebagai cef Turki paling gembira di dunia berubah selepas negaranya dan juga Syria mengalami gempa bumi pada tahun 2022 dan 2023.
“Gempa bumi Turki dan Syria telah menghancurkan personaliti dirinya dan kini dia hanya ‘bernyawa tanpa perasaan’.
“Selepas gempa bumi tragis di Turki, Burak segera melawat zon bencana untuk membawa bantuan, bekalan dan bantuan kepada mangsa.
“Tindakan altruisme ini bukanlah yang pertama, malah dia mempunyai sejarah yang sentiasa memberikan kegembiraan dan makanan kepada mereka yang memerlukan,” memetik video tersebut.
BACA: Dakwa Wang Diseleweng, CZN Burak Saman Bapa Sendiri RM45 Juta
Dalam masa yang sama popularitinya juga telah mendorong kepada kejayaan hidupnya, di mana secara tidak langsung Burak dapat membina empayar gastronomi di seluruh timur tengah.
Popularitinya yang besar telah membawa selebriti seperti Messi, Cristiano Ronaldo dan ramai lagi ke restorannya.
Walau apa pun yang terjadi, Burak perlu masih meneruskan kehidupan dengan mencipta kandungan video memasak bersama hatinya yang telah ‘malap’ mengenangkan mangsa-mangsa bencana.
Memang tidak dinafikan, perasaan Burak mempengaruhi mereka yang menonton video tersebut dan rata-rata orang ramai melihat menyatakan ada sesuatu yang tidak kena pada wajahnya.
“Daripada biasa melihat senyuman di wajahnya, kini yang anda boleh lihat hanyalah kesakitan.
“Perubahannya sangat melampau sehingga ramai pengikutnya membangkitkan kebimbangan mereka tentang kesejahteraan mentalnya.
“Kami masih berharap suatu hari nanti kami akan melihat CZN Burak tersenyum semula,” ujarnya.
https://www.facebook.com/watch/?v=1063078268396434
Sumber: Cultura Colectiva/Facebook