Belanjawan 2024: Sumbangan Khas RM700 Kepada Imam, Bilal, Siak, Noja & Marbut
Kerajaan akan memberikan sumbangan khas bernilai RM700 kepada imam, bilal, siak, noja dan marbut di seluruh negara menerusi pembentangan Belanjawan 2024 hari ini.
Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa sumbangan khas ini diberikan adalah untuk menghargai jasa individu yang terlibat dalam mengembangkan syiar Islam.
Peuntukan sebanyak RM50 juta ini dijangka bakal disalurkan kepada penerima yang layak, kira-kira 70 ribu orang di Malaysia.
“Menghargai jasa dan peranan besar lebih 70 ribu guru takmir, guru KAFA, imam, bilal, siak, noja dan marbut di peringkat komuniti, kerajaan bersetuju untuk memberikan sumbangan khas ditambah menjadi RM700.
”(Sumbangan) akan disalurkan terus kepada mereka dengan peruntukan disediakan lebih RM50 juta,” kata beliau.
BACA: STR Dinaikkan Kepada RM 3,700, Bayaran Pertama RM 500 Dibuat Sebelum Ramadan
Selain memberi sumbangan khas kepada golongan agamawan, kerajaan juga komited dalam pembangunan hal ehwal Islam di Malaysia.
Bagi merealisasikan hasrat ini, kerajaan telah memperuntukkan RM1.9 bilion bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam pada tahun depan.
Menerusi peruntukan tersebut, sebanyak dua buah institusi pendidikan Islam akan dibina dengan kos RM220 juta.
Dua buah insititusi tersebut iaitu, Kompleks Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol, Negeri Sembilan.
Selain itu, sebanyaknya RM150 juta diperuntukkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malausia (JAKIM) bagi tujuan penyelenggaraan menaik taraf prasarana institusi pendidikan islam.
Antaranya seperti sekolah agama rakyat, institusi pondok berdaftar dan sekolah tahfiz dan lain-lain.
“Insya-Allah, penganjuran majlis ilmu oleh tokoh dan ilmuan Islam di seluruh negara khususnya di Kompleks Seri Perdana akan diteruskan dan diperbanyak bagi meningkatkan kefahaman dan penghayatan ilmu agama kepada umat Islam.” kata Anwar.
Mengembalikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat
Untuk makluman, bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan sejak 2003.
Keputusan itu dibuat oleh kerajaan terdahulu atas alasa pendekatan pengajaran Islam yang dilaksanakan tidak berada di landasan yang betul.
Namun, pada pembentangan Belanjawan 2024 hari ini, Kerajaan Perpaduan memutuskan untuk mengembalikan semula geran bantuan sebanyak RM20 ribu.
Geran bantuan tersebut akan diberikan kepada semua Sekolah Agama Rakyat yang berdaftar di bawah JAKIM.
Pemberian ini diharap dapat menyokong fungsi Sekolah Agama Rakyat dalam melahirkan generasi baharu Islam yang seimbang ilmu duniawi dan ukhrawi mereka
BACA: Nak Elak Isu Remeh, Apa Kena Buat Kalau Pasangan Seorang Gamer? Sokong Atau Halang?
Sumber: Belanjawan 2024