Siakap Keli
Kerajaan Akan Mula Guna Kenderaan Elektrik (EV) Sebagai Kenderaan Rasmi
Kredit: Bernama

Kerajaan Bakal Guna Kenderaan Elektrik Sebagai Kenderaan Rasmi

Kerajaan Akan Mula Guna Kenderaan Elektrik (EV) Sebagai Kenderaan Rasmi

Pentadbiran Persekutuan dilaporkan bakal menggunakan kenderaan elektrik (EV) sebagai kenderaan rasmi selepas ini.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

”Putrajaya akan dijadikan model bandar rendah karbon Malaysia. Kerajaan akan mula memasang panel solar di atap bangunan Kerajaan dengan kerjasama TNB dan Gentari.

”Pentadbiran Persekutuan juga akan mula menggunakan kenderaan elektrik sebagai kenderaan rasmi,” kata beliau.

Mengalakkan penggunaan kenderaan elektrik dalam kalangan rakyat Malaysia

Dalam pembentangan tersebut, beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan akan terus membangunkan industri EV tempatan dan menggalakkan penerimaan rakyat terhadap EV.

“Kerajaan mengalu-alukan pelaburan melebihi RM 170 juta oleh syarikat terkemuka seperti TNB, Gentari dan Tesla Malaysia untuk memasang 180 stesen pengecasan EV,” katanya lagi.

Selain itu, kerajaan turut memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik bagi merancakkan lagi penggunaan kenderaan tersebut.

Skim ini difahamkan terbuka bagi rakyat yang memiliki pendapatan tahunan sebanyak RM120 ribu ke bawah. Melalui skim ini, pembeli motosikal elektrik akan diberikan rebat bernilai RM 2,400.

Seterusnya, kerajaan bercadang melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 atas perbelanjaan kemudahan pengecasan EV untuk tempoh empat tahun.

Manakala, potongan cukai bagi kos sewaan EV akan dilanjutkan untuk tempoh 2 tahun lagi.

Dalam pada itu, teknologi kenderaan elektrik juga dilaporkan bakal menyokong keperluan projek LRT3 yang dijangka dibuka pada 2025.

“Prasarana Malaysia Berhad bersetuju untuk memperoleh 150 bas elektrik dan membina 3 depoh bas dengan kos RM 600 juta,” tambahnya.

Usaha menggalakkan pemasangan panel solar turut akan dipertingkatkan

Kerajaan juga bersedia untuk melanjutkan tempoh tawaran program Net Energy Metering (NEM) sehingga 31 Disember 2024.

Pelanjutan tempoh program NEM adalah untuk memberi galakan agar lebih ramai memasang panel solar di premis kediaman.

Ujar beliau lagi, kerajaan juga sedang membangunkan program pembelian balik solar di bumbung bangunan dengan implikasi kos kepada sistem yang minimum.

BACA: Nak Elak Isu Remeh, Apa Kena Buat Kalau Pasangan Seorang Gamer? Sokong Atau Halang?

Sumber: Belanjawan 2024

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.