Siakap Keli

Kemelut Syarikat Penerbangan: Lebih 500 Pekerja akan Dibantu, Layak Manfaat Gantian Pendapatan

KUALA LUMPUR: Lebih 500 pekerja sebuah syarikat penerbangan tambang
murah yang ditamatkan perkhidmatan akan dibantu oleh Kementerian Sumber
Manusia (KSM) menerusi agensinya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Menteri Sumber Manusia, YB Tuan V Sivakumar berkata KSM sedia maklum
berkenaan kemelut yang sedang dihadapi oleh sebuah syarikat penerbangan
tempatan yang sedang hangat disiarkan melalui media massa ketika ini.

Katanya. kementerian menerusi agensinya PERKESO sentiasa memantau
perkembangan terkini bagi memastikan segala perkara yang melibatkan kebajikan
pekerja akan diambil tindakan segera.

“Berdasarkan rekod caruman PERKESO, lebih 500 orang pekerja dijangka
menerima manfaat Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO.

“Pekerja berkenaan akan menerima gantian pendapatan untuk tempoh tiga hingga
enam bulan sementara mendapat kerjaya baharu,” katanya menerusi kenyataan,
hari ini.

YB Tuan V. Sivakumar berkata, manfaat Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) itu
diberikan selepas semakan terhadap rekod caruman Sistem Insurans Pekerjaan
(SIP) mereka memenuhi syarat kelayakan.

EMBARGO: Tidak boleh dicetak atau
disiarkan di mana-mana platform
media sosial sebelum jam 12 tengah
hari, Ahad 15 Oktober 2023

Jelasnya, kementerian dan PERKESO komited serta sentiasa bersedia membantu
meringankan bebanan mereka dari segi kewangan akibat diberhentikan kerja.

Selain itu, katanya, pekerja syarikat penerbangan ini akan dibantu melalui
peningkatan kemahiran (upskilling) mengikut keperluan individu.

“Malah, mereka akan dimaklumkan mengenai kekosongan jawatan dan
penempatan pekerjaan baharu melalui portal perkhidmatan pekerjaan negara
MYFutureJobs.

“Bantuan kepada pekerja yang terkesan juga turut merangkumi perkhidmatan
sokongan pekerjaan secara individu dan kaunseling kerjaya oleh Pegawai
Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO,” katanya.

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.