Siakap Keli
cara cuci belangkas
Kredit: Desa Keda Tepi Sungai/Facebook

Cara Cuci Belangkas Yang Betul, Kena Buang Benda Ni Barulah ‘Confirm’ Bersih

Cara Cuci Belangkas Yang Betul, Kena Buang ‘Benda’ Ni Barulah ‘Confirm’ Bersih

Belangkas merupakan binatang yang telah wujud lebih daripada 200 juta tahun dan dianggap sebagai hidupan eksotik.

Bagi mereka yang tidak pernah merasai belangkas, rasa isinya lebih kurang seperti isi ketam namun ada yang berpendapat ia tidak manis dan berlemak.

Kalau nak tahu, dalam Islam juga belangkas dan telurnya adalah halal untuk dimakan kerana tergolong dalam jenis hidupan air dan ia juga tidak memudaratkan si pemakan.

Seperti binatang yang lain, belangkas juga boleh dimasak bermacam lauk seperti asam pedas, masak sambal dan lain-lain.

Kemungkinan ramai yang tidak mengetahui cara untuk menyiang belangkas kerana tidak biasa dengan binatang tersebut.

Tetapi tidak perlu risau kerana artikel SK pada kali ini akan berkongsi kepada umum berkenaan cara untuk membersihkan belangkas.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Desa Keda Tepi Sungai ia menunjukkan cara yang betul untuk membersihkan binatang tersebut.

Sebenarnya tidak susah pun untuk siang belangkas, tetapi yang susahnya adalah untuk mendapatkan binatang tersebut.

Jadi, jika anda menjumpai binatang yang jarang ditemui itu, tidak salah untuk hidangkan kepada keluarga atau orang yang tercinta yang penting, cara pembersihannya betul.

Mari ikuti caranya di bawah ini.

BACA: Abang Ni Kongsi Cara Siang Udang Galah Dengan Mudah Dan Cepat

Cara-cara bersihkan belangkas

Pertama sekali ambil pisau kemudian potong di bahagian belakang belangkas mengikut bentuknya.

Kredit: Desa Keda Tepi Sungai/Facebook

Selepas sudah potong mengikut bentuk, tarik bahagian yang dipotong itu hingga ia tanggal.

Kredit: Desa Keda Tepi Sungai/Facebook

Seterusnya, tarik najis dan racun di bahagian tengah perut (yang menyerupai tali) dan potong serta buang kerana ia tidak boleh dimakan.

Kredit: Desa Keda Tepi Sungai/Facebook

Bersihkan bahagian tengah dan perut belangkas dan pastikan ia tidak mempunyai sebarang kekotoran.

Kemudian, potong belangkas tersebut menggunakan gunting mengikut selera masing-masing, sama ada mahu potong empat atau enam terpulang.

Bersihkan juga bahagian kaki belangkas dan buang segala benda yang tajam.

Basuh sehingga bersih dan masak belangkas.itu menggunakan proses stim.

Stim belangkas tersebut dengan masa tujuh minit.

Masak lauk tersebut mengikut kesukaan masing-masing.

Sumber: Desa Keda Tepi Sungai/Facebook

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana