Siakap Keli
najib cukai pendapatan
Gambar: Bernama

Tunggakan Cukai Pendapatan: Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Najib Dan Anak

Tunggakan Cukai Pendapatan: Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Najib Dan Anak

PUTRAJAYA, 16 Okt (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin perlu membayar tunggakan cukai pendapatan, masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta, kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ini susulan keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang menolak rayuan Najib dan Nazifuddin terhadap penghakiman terus yang dibuat terhadap mereka berhubung tunggakan cukai pendapatan.

Ketika membacakan keputusan, hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan berkata LHDN mengenakan cukai ke atas kedua-dua perayu dengan cara yang sama seperti yang dilakukan terhadap semua rakyat negara ini.

BACA JUGA: “Sampaikan Berita Ini,” Najib Belum Tahu Yana Telah Lahirkan Bayi Perempuan

“Perayu tidak dikhususkan untuk layanan diskriminasi atau diperlakukan dengan cara yang tidak diperuntukkan dalam Akta Cukai Pendapatan. Tiada asas bukti dalam rekod untuk menyokong perkara sedemikian.

“Oleh itu, tiada asas untuk dakwaan bahawa terdapat perlanggaran Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.