Siakap Keli
Gambar via CNN

Macam ‘Cincin Berapi’, Fenomena Gerhana Matahari Cincin Dirakam

Macam ‘Cincin Berapi’, Fenomena Gerhana Matahari Cincin Dirakam

Gerhana merupakan fenomena astronomi yang terjadi apabila satu objek melintasi bayang objek yang lain. Objek yang dimaksudkan ialah Bulan dan Matahari.

Gerhana matahari berlaku apabila Bulan berada di antara Bumi dan Matahari, ia akan menghalang cahaya Matahari daripada terpancar ke Bumi.

Terdapat tiga jenis gerhana Matahari iaitu, gerhana penuh, gerhana separa dan gerhana Annulus atau istilah lainnya cincin. Baru-baru ini, fenomena Gerhana Matahari Annulus dapat dilihat dari beberapa tempat tertentu.

Pertunjukan astronomi yang jarang berlaku ini muncul di sekitar Amerika pada hari Sabtu yang lalu. Fenomena ini tidak dapat dilihat lagi sehinggalah tahun 2046 akan datang.

Berjuta-juta orang berada di laluan Gerhana Matahari Annulus ketika ia membuat “cincin berapi ” di langit di Amerika Utara, Tengah dan Selatan.

Gerhana Matahari Annulus

Ketika Gerhana Matahari Annulus, bulan akan berada di tahap yang paling jauh dalam orbitnya dari Bumi, jadi ia tidak dapat untuk menghalang Matahari sepenuhnya. Sebaliknya, cahaya Matahari mengelilingi bayang Bulan dan menghasilkan cincin berapi itu.

Gerhana bermula di Oregon pada pukul 9:13 pagi. PT (12:13 malam. ET). Ia berakhir di pantai Atlantik Brazil pada jam 3:48 petang. ET.

Apabila ia melintasi bandar-bandar, langit menjadi gelap apabila Bulan bergerak di depan Matahari, ini mengakibatkan suhu menurun. Mereka yang berada di luar laluan juga disaji dengan gerhana Matahari separa yang berbentuk bulan sabit, ia kelihatan seperti bulan sedang menggigit matahari.

Gambar via CNN

Bulan sabit kecil kelihatan di tanah dan terdapat pantulan pada cermin depan kereta dan tingkap pencakar langit. Bagi mereka yang berdiri di tepi pokok, ruang di antara daun bertindak sebagai lubang lubang dan aliran cahaya melalui jurang tersebut muncul sebagai ‘sabit individu’.

Jika orang awam tidak dapat melihat fenomena Gerhana Annulus pada tahun ini, semua yang gemar melihat langit di seluruh Amerika Utara akan diberi peluang pada 8 April 2024 ketika gerhana Matahari penuh akan melintasi Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada.

Oleh itu, dapatkan cermin mata gerhana, penonton solar dan penapis solar yang diperakui untuk kamera anda. Anda boleh menggunakannya lagi pada bulan April untuk melihat satu fenomena yang mengasyikkan dengan selamat.

Sumber: CNN 

BACA JUGA: Fenomena Matahari Bertukar Jadi Warna Biru Gemparkan Penduduk Britain

 

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.