Siakap Keli
tip sebelum semasa pksk
Kredit: TikTok

Penting, Tip Apa Kena Buat Sebelum & Semasa Menduduki PKSK Calon-calon Kena Tahu

Penting, Tip Apa Kena Buat Sebelum & Semasa Menduduki PKSK Calon-calon Kena Tahu

Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi menentukan kemasukan murid- murid Tingakatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah-sekolah Khusus.

Menurut KPM, PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat ke Sekolah Khusus secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.

Single entry point pula bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Tip penting mak ayah & calon kena tahu sebelum dan semasa jawab PKSK

Secara umumnya, Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

PKSK Tingkatan 1 hanya terbuka kepada dua jenis Sekolah Khusus sahaja iaitu SBP dan SMKA. Manakala, PKSK Tingkatan 4 terbuka kepada semua jenis Sekolah Khusus iaitu SBP, SMKA, SMT, MTD dan KV.

Menurut KP, pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 dan Tahun 1 SVM bermula dari 2 Oktober sehingga 13 Oktober 2023. Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 pula bermula dari 16 Oktober sehingga 27 Oktober 2023.

BACA: Kanak-kanak Lelaki Enam Tahun Ditemukan Mati Dalam Mesin Basuh

Justeru, mungkin ramai ibu bapa dan calon PKSK sendiri tertanya-tanya apakah persediaan yang perlu dibuat sebelum menduduki peperiksaan tersebut, kan?

Seorang kanselor di sebuah Kolej Vokasional, Asha Asri melalui TikToknya (ashaasri) berkongsi beberapa perkara penting berkenaan PKSK kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan tersebut.

Katanya, selepas membuat semakan pada laman web SPSKT1 atau SPSKT4, calon perlu menyemak beberapa butiran penting pada slip seperti tarikh, masa, pusat peperiksaan dan sebagainya.

Ketika pada hari peperiksaan, pastikan calon datang 30 minit awal untuk pendaftaran dan mempersiapkan diri secara mental dan fizikal.

Bagaimanakah PSK dijalankan?

PKSK terbahagi kepada tiga komponen iaitu:

Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%
Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) -70%
Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%

PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi dan setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa. Dalam fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1 dalam masa 45 minit.

Bagi calon PKSK Tingkatan 4 pula, calon perlu menulis esei sekurang-kurangnya 250 patah perkataan berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit.

@ashaasri

Replying to @roseseagle84 Bismillahhh… 6 notis penting calon perlu ambil tahu sebelum duduki PKSK. Ape tuu? Silakann diSemak yee dalam video ni tengokk la sampai habisss..penattt tau kite edit. Kasi sapot cikitt 😆 Tengkiuu… #kv #kaunselorkv #ashaasri #kolejvokasionalipoh #kolejvokasional #pksk2024

♬ original sound – Asha Asri | Kaunselor KV – Asha Asri | Kaunselor KV

Seterusnya, calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit dalam fasa kedua. Sungguhpun sesi ini dijalankan secara dalam talian, calon masih perlu menjawab soalan objektif di tempat yang ditetapkan.

Secara keseluruhan, PKSK untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 akan mengambil masa-masa kira-kira tiga jam 15 minit.

Enam notis penting sebelum dan semasa menduduki PKSK

Selain itu, kaunselor tersebut turut mengingatkan enam notis penting yang perlu diikuti calon-calon PKSK sebelum dan semasa penilaian.

Pertama sekali, calon-calon PKSK perlu memakai pakaian sekolah semasa menduduki peperiksaan. Jika calon merupakan seorang yang memiliki jawatan di sekolah seperti pengawas, pengawas pusat sumber (PSS), pembimbing rakan sebaya (PRS) dan sebagainya, calon dibernarkan untuk memakai pakaian mengikut jawatan di sekolah.

Sebelum menduduki PKSK, calon perlu membawa slip PKSK serta kad pengenalan diri. Slip PKSK boleh dimuat turun menerusi laman web yang dinyatakan sebelum ini.

Seterusnya, calon perlu membawa alat tulis masing-masing untuk menulis, khususnya sewaktu ujian penulisan esei pada fasa 1.

Selain itu, calon juga disarankan untuk membawa kalkulator. Walaupun kalkulator dianggap pilihan, terdapat beberapa soalan yang perlu menggunakan kalkulator untuk membuat pengiraan.

Calon-calon juga diingatkan untuk tidak menukar tempat dan tarikh menjawab PKSK dan datang menghadiri sesi PKSK mengikut keterangan yang ditetapkan pada slip.

Akhir sekali, jam tangan pintar (smartwatch) tidak dibenarkan untuk dibawa masuk kepada dalam tempat peperiksaan.

BACA: Kenali Konvensyen Geneva, Undang-undang Setiap Pihak Berperang Kena Patuh

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ashaasri via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.