Siakap Keli
Tesla terbakar owner makan
Kredit Astro Awani

Tesla Tiba-Tiba Terbakar Ketika “Owner” Tengah Makan

Tesla Tiba-Tiba Terbakar Ketika “Owner” Tengah Makan

Sebuah kereta elektronik EV jenama terkenal Tesla yang sedang diparkir di tepi jalan dilaporkan terbakar secara tiba-tiba di Jalan Puchong Jaya, Puchong, Selangor, lapor Sinar Harian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata bahawa panggilan kecemasan telah diterima pada 8.32 malam tadi.

Susulan laporan itu, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati ia melibatkan sebuah kereta jenis Tesla yang terbakar sebanyak 70 peratus dan tidak melibatkan mangsa.

“Kebakaran bagaimanapun berjaya dipadamkan bomba sepenuhnya dan diserahkan kepada pihak forensik untuk tindakan lanjut.

“Difahamkan, pemilik kenderaan itu parkir seketika untuk pergi makan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Ahmad Mukhlis lagi, kes itu telah diserahkan kepada pihak forensik untuk tujuan siasatan yang lebih menyeluruh.

Pra Tempahan Kereta Tesla Model 3 Facelift Mula Dibuka, Harga Bermula RM189,000

Terdahulu, Tesla Model 3 Facelift disahkan bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

Perkara itu diumumkan oleh Tesla di laman rasmi syarikat pengeluar kereta EV popular dunia itu.

Rakyat Malaysia yang berminat untuk membeli model ini kini sudah boleh membuat pra tempahan di laman sesawang rasmi Tesla.

Pengumuman itu sekaligus menjadikan Malaysia negara pertama di ASEAN yang boleh memesan Model 3 Facelift tersebut, mendahului negara Singapura.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Harga yang dijual bermula pada RM189,000 iaitu jauh lebih murah berbanding harga pasaran di Eropah.

Model 3 ini ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu merah, putih, hitam, biru dan kelabu.

Selain itu, ia juga didatangi dengan ‘sport rim’ bersaiz 18 inci dan mempunyai dua pilihan warna hiasan dalaman. Dua warna yang ditawarkan untuk hiasan dalamannya ialah hitam dan putih.

Mereka yang sudah membuat pesanan bagi model ini dijangka akan mendapat kereta mereka pada hujung tahun 2023 ini.

Sumber: Astro Awani

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.