Siakap Keli
hospital ahly arab gaza
Gambar: AFP

Beratus Nyawa Terkorban Dalam Letupan Di Hospital Ahly Arab Baptist Di Gaza

Beratus Nyawa Terkorban Dalam Letupan Di Hospital Ahly Arab Baptist Di Gaza

Ratusan nyawa terkorban dalam satu letupan yang dipercayai berpunca dari peluru berpandu ke atas Hospital Ahly Arab Baptist di Gaza, lapor AFP.

Memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 200 maut dalam kejadian tersebut. Manakala ratusan mangsa lagi masih terperangkap di bawah runtuhan.

Manakala, AP News yang juga memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 500 orang yang terkorban dalam kejadian terbabit.

Laporan Al-Jazeera daripada lokasi kejadian menunjukkan pasukan penyelamat menutup mayat mangsa-mangsa yang terkorban dengan beg putih dan selimut.

Kesan darah dan beberapa kenderaan yang terbakar juga turut kelihatan disitu.

Setakat ini, masih belum jelas siapa yang menghantar peluru berpandu ke arah hospital tersebut dengan kedua-dua pihak; Hamas dan Israel; saling menuding jari antara satu sama lain.

Dalam pada itu, AFP melaporkan puluhan ribuan keluarga meninggalkan Gaza dan memenuhi hospital yang sedia sesak itu untuk mencari pelindungan sejak konflik bermula.

Sebelum ini, Israel telah mengebom beberapa sasaran di Gaza selepas Hamas melancarkan serangan ke atas selatan Israel pada 7 Oktober.

Situasi tegang yang berlangsung sehingga ke hari ini sudah pun meragut ribuan nyawa daripada kedua-dua belah pihak setakat ini.

BACA: Vape & Bendera Negara Lain Yang Tiada Kaitan Dilarang Bawa Masuk Ke Stadium Malam Ini

Sumber: AFP

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma