Siakap Keli
kerja dua tiga gaji

Buat Dua Tiga Kerja Tapi Gaji Tak Tahu Lesap Ke Mana, Rupanya Ada Yang ‘Menunggu’ Setiap Bulan

Buat Dua Tiga Kerja Tapi Gaji Tak Tahu Lesap Ke Mana, Rupanya Ada Yang ‘Menunggu’ Setiap Bulan

Zaman sekarang kalau hendak bergantungkan hidup pada satu pekerjaan sahaja belum tentu dapat menampung komitmen sedia ada dan keperluan kehidupan harian. Apatah lagi dengan kos sara hidup yang kian meningkat saban tahun ditambah dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR). 

Tentunya perkara ini merupakan salah satu cabaran terutamanya buat mereka yang sudah berumah tangga. Pelbagai komitmen perlu digalas pada setiap kanan dan kiri bahu antaranya nafkah, keperluan keluarga, sewa rumah dan bayaran kereta.

Nak tak nak, ada individu yang perlu mencari pekerjaan lain untuk survive demi menyediakan simpanan masa hadapan khususnya mereka yang bergelar ketua keluarga.

Pun begitu, biarpun telah melakukan pelbagai pekerjaan sampingan dengan gaji mencecah RM5,000 sebulan, masih ada yang merasakan jumlah tersebut tidak cukup.

Bila semak balik, rupanya adanya yang ‘menunggu’ untuk dilangsaikan setiap bulan iaitu pembayaran zakat. Sebab inilah ada yang merasakan gajinya tidak cukup setiap bulan padahal sudah berusaha menambah pendapatan dengan melakukan dua tiga kerja. 

Bila gaji masuk, terus bayar segala komitmen dan hutang yang ada dan bakinya masih banyak. Tapi hati masih belum puas dan berasa serba tidak cukup jadinya. Bila semak balik, zakat belum dibayar menyebabkan salah satu fardhu ain belum dilaksanakan.

Dosa besar sengaja tak bayar zakat

Menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS), zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.

Hukum mengeluarkan zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. 

Oleh itu, seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat boleh mengakibatkan murtad. Manakala individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar. 

Zakat umumnya terbahagi kepada pelbagai jenis, namun masih ramai lupa dalam menunaikan kewajipan mereka termasuk menunaikan Zakat Pendapatan.

Zakat pendapatan atau harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.

Firman Allah s.w.t:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَنفِقُوا۟ مِن طَيِّبَٰتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّآ أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ ٱلْأَرْضِ ۖ وَلَا تَيَمَّمُوا۟ ٱلْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِـَٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن تُغْمِضُوا۟ فِيهِ ۚ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌ ۝٢٦٧

“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”

(Surah Al-Baqarah : Ayat 267)

Jadi, mesti ramai yang dah tahu mengapa duit atau pendapatan yang diperolehi seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang meskipun dalam jumlah yang besar.

Bermula dari sekarang, marilah kita mula menunaikan zakat ini khususnya mereka belum pernah tapi tak tahu nak bayar macam mana? Jangan risau, zaman moden ini, pembayaran zakat boleh dilakukan melalui pelbagai cara termasuk kaedah direct debit. 

Bayar zakat, dapat hadiah hingga RM6,000

Kempen Direct Debit “Auto Kan Senang” 2023 anjuran LZS ini memboleh pembayar membuat bayaran secara bulanan. Kempen yang bermula dari 1 September 2023 sehingga 31 Disember 2023 ini menggalakkan pembayar individu dan syarikat IKS/SME menunaikan zakat pendapatan dan perniagaan secara konsisten setiap bulan melalui penolakan daripada akaun bank masing-masing dengan menggunakan kaedah Direct Debit. 

Kaedah ini dapat memastikan kita menyantuni golongan asnaf secara konsisten setiap bulan, membantu individu freelancer yang mempunyai pendapatan berasaskan komisyen untuk menunaikan zakat secara bulanan dan menangani isu individu yang mana majikan mereka enggan menguruskan bayaran zakat bulanan pekerja menggunakan kaedah Skim Potongan Gaji (SPG). 

 

Melalui pembayaran zakat bulanan secara debit ini, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM 6,000.00.

Caranya mudah sahaja;

Langkah 1: Layari www.zakatselangor.com.my/directdebit/ atau imbas kod QR

Langkah 2: Lengkapkan borang dalam talian Direct Debit

Langkah 3: Pengesahan maklumat dan teruskan ke pembayaran pendaftaran RM1

Langkah 4: Pilih bank pilihan & pembayar akan menerima emel sekiranya permohonan berjaya

Langkah 5: Pemotongan akan berlaku sekali sahaja setiap bulan & pembayar akan menerima notifikasi emel

Langkah 6: Semakan maklumat potongan boleh dibuat di E-Zakat Online (EZO) pada pertengahan setiap bulan

kerja dua tiga gaji

Disamping menunaikan kewajiban sebagai umat Islam, kita juga dapat membantu golongan yang lebih memerlukan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendaftar sebagai pembayar zakat seterusnya.

Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai terma, syarat dan hadiah-hadiah menarik mengenai kempen ini, boleh layari di sini

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?