Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
anak malas ke sekolah
Kredit BERNAMA

Jangan Marah Kalau Anak Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Syed Faisal Sayed Muhammad

Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Sekolah adalah merupakan sebuah tempat menuntut ilmu bagi peringkat awal anak-anak dalam mengenal erti kepentingan pendidikan kepada mereka.

Jika dahulu, sekolah mungkin hanya tempat belajar, namun kini dengan kemudahan infrastruktur yang pelbagai telah menjadikan sekolah sebuah tempat yang menarik buat para murid.

Anak-anak suka pergi ke sekolah

Pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang menarik itulah menjadi penyebab utama para murid kini lebih tertarik untuk pergi ke sekolah.

Selain belajar menuntut ilmu bersama rakan-rakan, kawasan sekolah yang mesra murid telah membuatkan ia menjadi tempat kesukaan murid. Ditambah pula dengan fasiliti yang pelbagai dan tandas yang bersih dan cantik sekarang, secara tak langsung merancakkan kehadiran murid ke sekolah.

Namun begitu, tidak semua murid mempunyai pandangan sedemikian, malah masih ada segelintir para murid yang masih tidak mahu datang ke sekolah.

Anak-anak ‘malas’ pergi sekolah

Masalah ini juga sering kali berlaku di kalangan murid terutamanya bagi murid yang mempunyai masalah seperti tidak siap kerja sekolah, mempunyai masalah disiplin dan lain-lain lagi.

Bagaimanapun, terdapat beberapa kes di mana anak-anak mula ‘malas’ datang ke sekolah disebabkan mengalami pengalaman yang tidak seronok di sekolah.

Antara pengalaman yang sering berlaku adalah seperti tidak mempunyai rakan, sering dikacau oleh murid lain dan macam-macam lagi.

Justeru, sebagai ibu bapa yang mempunyai anak seperti ini, mereka perlu lebih peka dengan sebarang perubahan dalam diri anak-anak. Jangan dimarah pada anak tersebut tanpa menyiasat apa sebenarnya punca mereka tidak mahu ke sekolah.

Ini mungkin boleh menyebabkan masalah yang lebih besar berlaku di kemudian hari yang tidak baik untuk perkembangan anak-anak.

Anak kerap mimpi buruk, boleh jadi sering ‘dikacau’

Berikut adalah peranan ibu bapa dalam mengatasi permasalahan yang berlaku pada anak-anak sekiranya mereka menjadi sasaran atau mangsa sering ‘dikacau’.

Perhatikan perubahan tingkah laku anak

Menurut American Psychological Association (APA), kanak-kanak mungkin tidak selalu bersuara tentang isu buli ini. Tetapi sebagai ibu bapa, apa yang anda boleh perhatikan adalah dengan melihat tanda-tanda buli tersebut.

Ibu bapa perlu sentiasa memantau dari segi fizikal, pakaian seragam anak-anak, sering mengalami mimpi buruk, kemurungan dan lain-lain lagi.

Sebagai contoh, apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah dengan melihat pakaian seragam anak-anak sama ada terdapat kesan koyakan atau contengan.

Selain itu, perhatikan keadaan anak ketika dia tidur sama ada mengalami mimpi seperti sedang bergelut atau mengeluarkan ucapan seperti sedang mempertahankan diri.

Jika tanda-tanda seperti ini ada pada anak-anak, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan duduk bertentang mata dan lakukan perbualan secara terbuka mengenai isu tersebut.

Ajar anak untuk menangani isu ini

Ibu bapa boleh ajar anak-anak dari rumah untuk mengabaikan pembuli atau membangunkan strategi yang tegas dalam menangani si pembuli.

Ajar anak-anak anda untuk mengenal pasti guru dan rakan yang boleh membantu mereka jika berlakunya masalah buli di sekolah.

Tetapkan masa dan tempat untuk kegunaan teknologi

Ibu bapa perlu didik anak untuk menggunakan teknologi dengan sebaik mungkin tanpa menyakiti dan sakiti orang lain.

Bagi penggunaan media sosial, ibu bapa harus menjadi kenalan buat anak-anak mereka di akaun di media sosial setiap anak.

Dalam kegunaan telefon bimbit pula, ibu bapa harus kerap memantau mesej teks mereka supaya dapat mengetahui perbincangan anak-anak bersama rakan mereka.

Jelir lidah pun dikira membuli

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, terdapat lima jenis buli yang boleh dikesan sering terjadi kepada para murid antaranya:

Fizikal

Buli fizikal melibatkan tingkah laku fizikal seperti memukul, menumbuk, menendang dan sebagainya yang boleh mendatangkan kecederaan fizikal kepada seseorang.

Lisan

Buli lisan pula melibatkan aktiviti seperti mengejek, memberi panggilan atau gelaran yang mangaibkan, memfitnah, memaki dan mencarut yang boleh menjejaskan mangsa buli.

Isyarat bukan lisan

Perbuatan ini menggunakan kaedah anggota badan seperti menjelir lidah, bahasa badan, jegil mata, isyarat lucah dan lain-lain lagi seumpama dengannya.

Peras ugut

Selain buli fizikal, buli jenis ini juga merupakan salah satu senario terburuk yang dilakukan pembuli kepada mangsa.

Perbuatan seperti meminta duit secara paksa, memaksa manga membuat kerja, mengambil barang secara paksa dan segala aktiviti melibatkan secara paksa rela jatuh dalam kategori buli jenis ini.

Memulau

Jenis ini kebanyakan melibatkan aktiviti di sekolah di mana, mangsa sering dipulaukan oleh sekumpulan pembuli.

Mangsa tidak diberikan untuk menggunakan kemudahan yang sepatutnya dan mangsa pulau oleh murid lain.

Kredit KPM

Kesemua perilaku ini boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada mangsa dari segi fizikal mahupun emosi mereka.

KPM memandang serius isu buli di peringkat sekolah

Isu ini bukan sesuatu yang baharu, justeru Kementerian Pendidikan Malaysia sangat memandang serius berkaitan masalah ini.

Malah menurut Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek dia turut mengambil maklum berkenaan masalah ini yang kerap berlaku di sekolah.

Tambahnya, isu ini masih lagi terkawal di peringkat sekolah dan langkah-langkah untuk menangani masalah ini juga telah dirangka.

Oleh itu, pelbagai aktiviti dalam memberikan kesedaran dan kempen berkaitan isu ini telah diadakan di peringkat sekolah bagi membantu mangsa buli mendapatkan bantuan.

Seperti Program Sahsiah Terbilang Hentikan Buli yang baru sahaja berlangsung pada 22 September lalu.

Program-program seangkatan dengannya juga akan terus dijalankan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang keburukan amalan buli yang semakin menular ini.

Jika anda menjadi mangsa buli atau saksi kejadian, anda dialu-alukan untuk membuat aduan di talian aduan buli KPM sendiri.

Kredit KPM

Selain mangsa, ibu bapa juga boleh bertindak dengan memberikan aduan anda kepada KPM menerusi pautan ini atau boleh hubungi nombor ini 03-88849325 untuk tindakan selanjutnya.