Siakap Keli

Jenama Pakaian Sukan Columbia Akhirnya Di Malaysia, Buka Dua Batik Di KLCC & Pavilion Bukit Jalil

Jenama pakaian sukan terkemuka dari Amerika Syarikat, Columbia telah membuat kemunculan pertama yang dinanti-nantikan di Malaysia menerusi pembukaan dua butik baharu di Suria KLCC dan Pavilion Bukit Jalil. Kemunculan ini adalah hasil kerjasama dengan GMG, salah satu konglomerat terkemuka di Timur Tengah, sebagai pengedar eksklusif di seluruh Malaysia. Menerusi kerjasama strategik ini, pembukaan butik itu menjadi detik penting bagi kedua-dua jenama dalam memperluaskan kehadiran Columbia di peringkat global.  

Butik di Suria KLCC mempunyai ruang yang luas merangkumi lebih daripada 1,700 kaki persegi, manakala butik di Pavilion Bukit Jalil berkeluasan lebih daripada 1,100 kaki persegi sekali gus akan memberi keselesaan kepada pembeli untuk meneroka pelbagai produk jenama berkenaan termasuk pakaian, kasut, aksesori, beg dan kelengkapan lain. Columbia juga mempunyai perancangan untuk membuka butik ketiga di Mid Valley Megamall pada November 2023. 

GMG teruja untuk memperkenalkan produk aktiviti luar melalui butik-butik Columbia yang dibuka ini. Ini menandakan permulaan era baharu buat para pengguna di Malaysia, yang berkesempatan menghayati sendiri  dan menyemai semangat Columbia dalam kegiatan penerokaan luar.  

Presiden – Sukan, GMG, Carl Masterman berkata: “Kami sangat teruja untuk mengumumkan pembukaan butik baharu Columbia di Malaysia. Pelantikan ini adalah bukti kerjasama utuh yang sudah dibina antara GMG  dan  Columbia di rantau GCC sepanjang dua dekad yang lalu dan kami teruja untuk turut memperluaskan kerjasama ini di rantau Asia Tenggara – membolehkan kami mempunyai hak pengedaran dan operasi runcit eksklusif di kedua-dua pasaran. “Kemunculan sulung di Malaysia ini adalah kesinambungan perjalanan Columbia di rantau ini yang bermula di Singapura awal Julai lalu. Kami berharap dapat memupuk semangat pengembara komuniti urban di Malaysia dan untuk bersama dalam pengembaraan mereka.”  

Selepas membuka ibu pejabat baharu mereka di Malaysia bagi memanfaatkan industri peruncitan sukan yang sedang berkembang di Asia, GMG menyasarkan untuk membuka 100 kedai baharu menjelang 2025 bagi memenuhi perancangan pengembangan perniagaan di Asia Tenggara. Syarikat itu telah membuka lebih 31 butik di seluruh Malaysia, Singapura dan Indonesia sejak memasuki pasaran Asia Tenggara pada 2020 dan yang terbaharu adalah butik Colombia di Lapangan Terbang Jewel Changi, Singapura yang dibuka awal tahun ini.  

Keterujaan terhadap aktiviti luar 

Columbia telah mencipta peralatan dan teknologi aktiviti luar yang berkualiti sejak tahun 1938 dengan tumpuan pada inovasi. Butik Suria KLCC dan Pavilion Bukit Jalil yang baharu akan menawarkan kepada pengguna rangkaian meluas jenama barangan keperluan aktiviti luar premium yang menampilkan beberapa teknologi Columbia seperti OMNI-TECH, OUTDRY & OUTDRY EXTREME, OMNI-WICK, OMNI-SHADE SUN DEFLECTOR, OMNI-SHIELD dan OMNI-HEAT HELIX. 

Dengan piawaian tinggi yang sentiasa menjadi keutamaan di Columbia, semua produk diuji dengan teliti untuk memastikan ia memenuhi keperluan yang pelbagai, memberi keselesaan maksimum kepada peminat aktivit luar dengan memastikan mereka sejuk, kering, hangat dan dilindungi ke mana sahaja mereka pergi bagi menyerlahkan potensi sebenar mereka. 

FACET™ 75 ALPHA OUTDRY : SEDIA MENCENGKAM UNTUK AKTIVITI LUAR  

    

Antara tumpuan utama koleksi musim Luruh/Sejuk 2023 adalah kasut mendaki Facet™ 75 Alpha OutDry™. Direka untuk semua jenis laluan permukaan aktiviti luar, Facet™ 75 Alpha OutDry™ menawarkan cengkaman dan keselesaaan di bahagian lapik tapak kaki menerusi penggunaan teknologi kalis air OutDry™ dan Adapt Trax™. Si pemakai boleh menikmati rasa selesa menerusi kolar tenunan dan kusyen empuk. Kasut kalis air ringan dengan DNA larian lasak boleh didapati dalam warna (Hijau Cypress/Hitam & Hitam/Kelabu Awan) bagi lelaki manakala untuk wanita (Hitam/Merah Coral & Deep Madeira/Beetroot) pada harga yang disyorkan iaitu RM699.00. 

Bagi meraikan pembukaan butik baharu, Columbia menawarkan pelbagai promosi yang menarik kepada pelanggannya. 

TANGKAP & MENANG @ Columbia KLCC (Dari sekarang – 18 Oktober 2023) 

Ambil gambar di Pop-Up Installations di Columbia KLCC dan berpeluang memenangi baucar bernilai RM500! 

HADIAH DENGAN PEMBELIAN @ Columbia Pavilion Bukit Jalil (Sementara stok masih ada) 

Dapatkan beg tote PERCUMA dan cawan dengan pembelian minimum sebanyak RM300 di cawangan baharu Columbia di Pavilion Bukit Jalil. 

Columbia Suria KLCC terletak di Tingkat 3, Lot 314 manakala Columbia Pavilion Bukit Jalil di Tingkat 4, Lot 4.71.00.  

Bagi maklumat lanjut mengenai Columbia dan produknya, sila layari: @columbiasportswear_my 

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.