Siakap Keli
Mesir Akan Buka Sempadan Buat 20 Trak Bantuan Kemanusiaan - Biden
Gambar: AFP

Mesir Setuju Buka Sempadan, Benarkan Trak Bantuan Kemanusiaan Dihantar Ke Gaza – Biden

Mesir Setuju Buka Sempadan, Benarkan Trak Bantuan Kemanusiaan Dihantar Ke Gaza – Biden

Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi bersetuju untuk membuka sempadan Rafah-Gaza bagi membenarkan kumpulan pertama bantuan kemanusiaan dihantar ke Gaza.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden kepada pemberita pada Rabu (waktu tempatan), lapor AFP.

“Beliau bersetuju…untuk permulaan, sebanyak 20 trak kemanusiaan dibenarkan melintas,” katanya.

Biden dilapor menghubungi al-Sisi di dalam pesawat ketika dalam perjalanan pulang dari Israel.

Bagaimanpaun, Biden menjelaskan penghantaran tersebut mungkin perlu menunggu sekurang-kurangnya sehingga Jumaat.

Mesir setuju bukan sempadan, benarkan bantuan dihantar ke Gaza

“Mereka perlu membaiki laluan di sempadan yang rosak. Jalan-jalan perlu diturap semula sebelum trak boleh melintas,” katanya lagi.

Tambah Biden, Mesir menjangkakan kerja-kerja baik pulih yang bermula pada Khamis itu akan memakan masa sehingga lapan jam.

Katanya lagi, 20 trak pertama yang dihantar dilihat sebagai ujian untuk menilai kaedah pengagihan bantuan. Namun secara keseluruhan, sekitar 150 buah trak bantuan sedang menanti giliran untuk dihantar ke Gaza.

Menurut Biden, kebenaran baki trak yang ada untuk bergerak ke Gaza tertakluk kepada bagaimana ‘situasi berlangsung’.

Presiden Amerika Syarikat itu turut memberikan kredit kepada al-Sisi di atas kerjasama yang diberikan.

Dalam pada itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dijangka akan menguruskan bantuan-bantuan tersebut bagi pihak Gaza.

BACA: Dah Lama Perhati, Kenapa Duit Syiling Ada ‘Gigi’ Kat Tepi? Bukan Saja-saja, Ini Sebabnya

Sumber: AFP

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma