Siakap Keli
Lembu paling tinggi
Kredit Bob Williams/The Chronicle

Lembu Jantan Bernama Romeo Dipercayai Paling Tinggi Di Dunia

Lembu Jantan Bernama Romeo Dipercayai Paling Tinggi Di Dunia

Seekor lembu jantan yang dinamakan Romeo dengan ketinggian 6′ 3″ (191cm) dikatakan mungkin akan menjadi lembu paling tinggi di dunia buat masa ini, lapor The SUN.

Lembu baka Holstein yang menakjubkan itu dipercayai lebih tinggi daripada pemegang rekod semasa iaitu seekor lembu jantan 6′ 1″ bernama Tommy dari Massachusetts.

Romeo dikatakan telah tinggal di Welcome Home Animal Sanctuari di Creswell, Oregon sejak dia berumur 10 hari lagi.

Kredit Facebook/welcomehomeanimalsanctuary

Difahamkan sukarelawan telah menyelamatkan dari sebuah ladang lembu tenusu lalu membawanya ke santuari itu.

Pengasas Welcome Home, Misty Moore berkata: “Ia diselamatkan daripada seorang wanita yang telah pergi ke ladang tenusu itu. Selepas melihat anak-anak lembu itu, dia membuat keputusan untuk membebaskan lima daripada anak-anak lembu itu.

“Sebaik sahaja dia mendapatkanya, dia terus menghubungi santuari dan kami mengambil Romeo dan Milo.”

Menurut Moore, santuari itu kini dalam proses untuk mendapatkan Romeo pengiktirafan daripada Rekod Dunia Guinness.

Romeo akan diukur sebelum diiktiraf sebagai lembu paling tinggi di dunia oleh Rekod Dunia Guinness.

Jurucakap santuari berkata: “Menurut Rekod Dunia Guinness, pada masa ini lembu paling tinggi ialah dengan ketinggian 6′ 1”.

“Romeo pula berketinggian 6′ 3″. Bolehkah Romeo menjadi lembu paling tinggi? Ia mungkin terjadi!”

Lembu yang menakjubkan itu dirakam mundar-mandir di kandangnya tanpa peduli dunia luar, ketika manusia terpegun dengan saiznya.

“Walaupun bersaiz besar, Romeo masih berlari dan bermain seperti seekor anak anjing.

“Dia gergasi bersaiz besar yang lembut dan sensitif. Dia juga sangat pintar,” kata santuari itu lagi.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Dalam pada itu, lembu jantan terbesar bernama Tommy dalam rekod semasa sekarang ini dikatakan sangat menyukai roti kulit kayu manis.

Tommy adalah seekor lembu baka tulen Brown Swiss berusia 13 tahun kini tinggal bersama pemiliknya Fred dan Laurie di sebuah ladang di Massachussets.

Sumber: The SUN

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.