Siakap Keli
Bertenggek atas tiang elektrik
Kredit Khmer Times

Penagih Dadah Bertenggek Atas Tiang Elektrik Lebih 4 Jam Berjaya Diselamatkan

Penagih Dadah Bertenggek Atas Tiang Elektrik Lebih 4 Jam Berjaya Diselamatkan

Seorang remaja yang ketagihan dadah berjaya diselamatkan selepas dia memanjat dan terperangkap di atas tiang elektrik di Phom Penh, lapor Khmer Times.

Kejadian yang dilapor berlaku pada pagi 18 Oktober lalu di Jalan 608 dan Jalan 616, Sangat Boeung Kak II, Phnom Penh itu telah mengejutkan orang ramai.

Kredit Khmer Times

Saksi di tempat kejadian berkata bahawa, pemuda itu dilihat berada di atas tiang tersebut kira-kira jam 4.30 pagi Rabu lalu.

Walaupun dipujuk berulang kali oleh orang ramai dan pihak berkuasa, pemuda itu masih tidak menyedari bahaya yang sedang dihadapinya.

Kredit Khmer Times

Pemuda itu kekal bertenggek di atas tiang elekrtik itu selama lebih empat jam sehingga polis terpaksa memanggil kren untuk membawanya turun.

Dia kemudiannya diangkut dengan trak Jabatan Hal Ehwal Sosial untuk tindakan selanjutnya.

Minum Air Diberi Oleh Jiran, Budak 3 Tahun Dilapor Positif Dadah

Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang berasal dari Kalimantan Timur, Indonesia didapati positif dadah jenis methamphetamine selepas dipercayai meminum air yang diberikan oleh jirannya.

Memetik laporan Detik.com, kanak-kanak itu telah dirawat di Hospital Abdul Wahab Sjahranie, Samarinda dan sudah dibenarkan pulang.

Difahamkan, kejadian itu bermula ketika mangsa dan ibu bapanya berkunjung ke rumah jirannya pada Selasa lalu.

Ketua Pasukan Respons Cepat Perlindungan Wanita dan Anak Kalimantan Timur, Rina Zainun berkata bahawa mangsa yang kehausan telah diberi sebotol minuman oleh jirannya.

“Anak itu kehausan dan jirannya membawa air minuman dalam botol berisi separuh,” katanya.

Menurutnya lagi, kelakuan mangsa berubah selepas pulang ke rumah mereka. Kanak-kanak malang itu dikatakan menjadi hiperaktif dan tidak boleh tidur selama beberapa hari.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Malah, dia juga mengalami masalah tidur dan terus membebel seolah-olah sedang berhalusinasi.

“Simptomnya ialah dia aktif, tidak duduk diam, mulut berbual sepanjang masa dan tidak mahu tidur.

“Dari Selasa hingga Rabu, dia juga tidak mahu makan dan minum. Dan satu lagi simptomnya ialah dia berpeluh.

“Dia tidak kelihatan letih walaupun tidak makan atau minum, dia tidak mengantuk. Kemudian matanya terbuka luas,” katanya.

Susulan itu, Rina telah berunding dengan ibu bapa mangsa agar kanak-kanak itu menjalani ujian air kencing.

Sumber: Khmer Times

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.