Siakap Keli
rumah diliputi buih laut
Kredit TikTok/Daily Mail

Rumah Diliputi Buih Selepas Ribut Babet Melanda Stonehaven

Rumah Diliputi Buih Selepas Ribut Babet Melanda Stonehaven

Sebuah video yang memaparkan buih menyelubungi rumah di Stonehaven ekoran kejadian Ribut Babet telah tular di media sosial.

Seorang penduduk di Stonehaven, Scotland terkejut selepas mendapati buih laut memenuhi pantai di bandar itu.

Angin kencang dan hujan lebat yang melanda Abeerdeen dan Aberdeenshire dilaporkan berlaku pada Khamis dan Jumaat lalu.

Dalam pada itu, cuaca ekstrem dijangka akan berlaku pada hari ini dengan amaran cuaca bahaya berwarna merah yang jarang berlaku telah dikeluarkan oleh Pejabat Met Aberdeenshire.

Berdasarkan rakaman video perkongsian penduduk dikenali sebagai Fiona Daun telah menunjukkan kepulan buih terapung di udara.

Kepulan buih itu telah menyebabkan pemandangan di bandar itu tidak tumpah seperti sedang mengalami musim sejuk.

Kredit Fiona Daun

Wanita berusia 62 tahun itu berkata, ketika rakaman itu dibuat, dia sedang meninjau rumah mendiang bapanya di pinggir laut.

Terpaksa memegang tiang lampu ketika berjalan kerana angin terlalu kuat

Menurutnya lagi, dia terpaksa memegang pada tiang-tiang lampu semasa perjalanan itu ekoran angin kencang yang melanda.

“Mendiang bapa saya meninggal beberapa minggu lalu dan dia mempunyai rumah di pinggir laut. Selepas semalaman tidak tidur, saya keluar pada pukul 6.30 pagi untuk melihat keadaan rumahnya.

“Saya telah memasang pintu banjir dan meletakkan beg pasir di pintu hadapan dan syukur dinding di hadapan lamannya menghalang air masuk ke dalam,” jelas Fiona.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Tambah Fiona, sepanjang 36 tahun dia menetap di Stonehaven, tidak pernah walaupun sekali dia melihat kejadian ombak sekuat itu.

“Saya telah tinggal di Stonehaven selama 36 tahun dan tidak pernah melihat ombak sekuat ini. Bahagian depan pantai benar-benar mengerikan pada pagi ini kerana angin kencang. Serpihan barangan turut bersepah dan berada di mana-mana.

“Saya terpaksa memegang tiang lampu dan terus pulang sebaik sahaja selesai melakukan pemeriksaan itu.

@dailymailuk

Storm Babet BURIED Johnshaven in Aberdeenshire in SEA FOAM as Scotland continues to bear the brunt of the extreme weather #stormbabet #babet #storm #fyp #news #weather #ukweather #stormwarning #weatherwarning #seafoam #weird #ocean #northsea

♬ original sound – Liam Boyle

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Sumber: Aberdeen Live

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.